Pembinaan Sistem Pakar Dalam Bidang Penyakit Tanaman Ladang

Authors

  • Zailani Mohd Sidek
  • Mohamed Othman

DOI:

https://doi.org/10.11113/jt.v14.1000

Abstract

Artikel in membincangkan satu kajian penyelidikan untuk merekabentuk dan membangunkan satu contoh-dasar (prototaip) sistem pakar dalam bidang penyakit tanaman ladang khususnya getah. Sistem pakar yang telah dibina ini ialah sistem pakar penyakit tanaman getah atau lebih dikenali sebagai RUDES (RUBBER PLANT DISEASE EXPERT SYSTEM). Sistem pakar ini merupakan satu sistem berfungsi untuk mendiagnosis penyakit-penyakit tanaman getah khususnya penyakit-penyakit yang terdapat di Malaysia. Setelah selesai mendiagnosis sesuatu penyakit, sistem pakar akan menentukan darjah kepercayaan tentang kewujudan penyakit tersebut berserta langkah-langkah kawalannya. Sistem pakar yang telah direkabentuk ini menggunakan konsep kepintaran buatan. Kata Kunci: Sistem pakar, kepintaran bulatan, pangkalan pengetahuan, jentera pentadbiran, antaramuka pengguna, PROLOG (programming in logic), heuristik

Downloads

Published

1989-05-11

Issue

Section

Science and Engineering

How to Cite

Pembinaan Sistem Pakar Dalam Bidang Penyakit Tanaman Ladang. (1989). Jurnal Teknologi, 14(1), 49-51. https://doi.org/10.11113/jt.v14.1000