Strategi Dan Keyakinan Pengajaran Guru Sains Pertanian Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
DOI:
https://doi.org/10.11113/jt.v27.1018Abstract
Mata pelajaran Sains Pertanian adalah salah satu mata pelajaran yang mengalami perubahan. Tujuan kajian ialah untuk mengkaji pengajaran mata pelajaran sains Pertanian dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Populasi kajian ialah guru yang mengajar mata pelajaran sains Pertanian di sekolah menengah di Malaysia. Data dikumpul melalui soal selidik yang dibentuk oleh penyelidik hasil penemuan menunjukan guru menggunakan pelbagai strategi pengajaran. Teknik perbincangan merupakan teknik pengajaran yang senang digunakan oleh guru. Teknik pengajaran berbentuk inkuiri juga ada digunakan. Guru melaporkan yang mereka mempunyai keyakinan yang rendah dan sederhana bila mengajar tajuk tentang teknologi dalam pertanian. Guru berijazah lebih berkeyakinan mengajar mata pelajaran ini berbanding dengan guru bukan berijazah. Kajian mencadangknn penekanan kepada strategi pengajaran yang membentuk kepada kemahiran saintifik dan kebolehan berfikir supaya objektif KBSM tercapai.Downloads
Published
1997-05-11
Issue
Section
Science and Engineering
License
Copyright of articles that appear in Jurnal Teknologi belongs exclusively to Penerbit Universiti Teknologi Malaysia (Penerbit UTM Press). This copyright covers the rights to reproduce the article, including reprints, electronic reproductions, or any other reproductions of similar nature.
How to Cite
Strategi Dan Keyakinan Pengajaran Guru Sains Pertanian Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. (1997). Jurnal Teknologi (Sciences & Engineering), 27(1), 1-14. https://doi.org/10.11113/jt.v27.1018