Fenomena Cincin Pusaran Oleh Gelembung Peronggaan Berhampiran Sempadan Pepejal

Authors

  • Md. Hisam Hanapei
  • Noriah Bidin

DOI:

https://doi.org/10.11113/jt.v27.1022

Abstract

Akibat dari bcncana hakisan yang dijanakan oleh gelembung peronggaan,maka ahli-ahli fizik telah mengambil langkah-langkah untuk mencari punca hakisan tersebut. Salah atau punca yang telah dapat dikesan adalah kehadiran fenomena cincin pusaran dalam proses dinamik gelembung peronggaan dan sering dihubung kaitkan dengan kesan kerosakan bentuk annular. Kertas kerja ini dijalankan bertujuan untuk membuat kajian yang lebih mendalam dan terperinci mengenai kewujudan-kewujudan cincin pusaran. Teknik pemfokusan laser dan teknik fotograti kelajuan tinggi telah digunakan untuk merakamkan proses dinamik cincin pusaran. Didapati fenomena ini telah mula dikesan dari peringkat penguncupan pertama dalam cecair bebas dan juga berhampiran permukaan sempadan. Kejadian ini juga didapati mudah dikesan pada sempadan permukaan bebas yang berhampiran. Kata Kunci:peronggaan,cincin pusaran,annular,laser,penguncupan

Downloads

Published

1997-05-11

Issue

Section

Science and Engineering

How to Cite

Fenomena Cincin Pusaran Oleh Gelembung Peronggaan Berhampiran Sempadan Pepejal. (1997). Jurnal Teknologi (Sciences & Engineering), 27(1), 49-55. https://doi.org/10.11113/jt.v27.1022