Bolehkah Hematit Menggantikan Barit Sebagai Bahan Pemberat Lumpur Penggerudian?

Authors

  • Issham Ismail
  • Andrew Kunang

DOI:

https://doi.org/10.11113/jt.v28.1027

Abstract

Kertas kerja ini membincangkan hasil kajian yang dilakukan terhadap hematit tempatan untuk diguna sebagai bahan pemberat dalam lumpur penggerudian. Sampel hematit yang diperoleh dari lnstitut Penyelidikan Galian lpoh dikisar dan diayak mengikut spesifikasi API, sebelum dimasukkan ke dalam lumpur penggerudian untuk diuji sifat reologi, sifat kehilangan bendalir, kandungan pepejal dan kelelasannya. Seterusnya, keputusan ujikaji yang dihasilkan lumpur hematit dibandingkan dengan nilai yang diberikan oleh lumpur barit. Keputusan kajian menunjukkan walaupun hematit tersebut mempamerkan sifat reologi yang setanding dengan barit serta memberikan kehilangan bendalir dan kandungan pepejal yang rendah, tetapi masalah yang dihadapi hematit ialah sifat lelas yang menghalang penggunaannya dalam operasi penggerudian.

Downloads

Published

1998-05-11

Issue

Section

Science and Engineering

How to Cite

Bolehkah Hematit Menggantikan Barit Sebagai Bahan Pemberat Lumpur Penggerudian?. (1998). Jurnal Teknologi, 28(1), 33-45. https://doi.org/10.11113/jt.v28.1027