Kegunaan Antikoagulan Hirudin Dari Lintah Dalam Perubatan

Authors

  • Fazilah Abdul Latif
  • Norizah Salim

DOI:

https://doi.org/10.11113/jt.v21.1075

Abstract

Lintah (Hirudo medicinalis) boleh mengeluarkan bahan hirudin, iaitu sejenis protein yang berfungsi sebagai agen anti-pembekuan darah semulajadi. Protein ini dirembeskan keluar dari kelenjar liurnya semasa menggigit mangsa. Dari beberapa penyelidikan [4,5,8,9,11,13], telah dibuktikan bahawa hirudin boleh menyekat pembentukan thrombus bagi menghalang pembekuan darah. Penulenan protein hirudin akan dapat membantu ahli perubatan dalam kajian penyakit-penyakit thrombik oleh kerana hirudin tidak toksik berbanding dengan heparin atau bahan sintetik lain yang lebih mahal. Dengan penggunaan kaedah-kaedah terkini dalam bidang bioteknologi, biologi molekul dan teknik DNA-rekombinan, protein hirudin boleh dihasilkan dengan skala besar di peringkat industri.

Downloads

Published

1993-05-15

Issue

Section

Science and Engineering

How to Cite

Kegunaan Antikoagulan Hirudin Dari Lintah Dalam Perubatan. (1993). Jurnal Teknologi, 21(1), 78-81. https://doi.org/10.11113/jt.v21.1075