Nilai Nisbah Klorida/ Bromin Dan Etil Dalam Minyak Petrol Tempatan

Authors

  • M. Rashid
  • A Rahmalan
  • A Khalik

DOI:

https://doi.org/10.11113/jt.v23.1076

Abstract

Unsur Bromida (Br) dan Klorida (Cl) sering dikaitkan dengan logam Plumbum (Pb) sebagai bahan pencemaran dari ekzos automobil. Sehubungan dengan ini kajian telah dijalankan bagi menganalisis unsur Br dan Cl dalam sampel minyak petrol daripada enam buah syarikat minyak tempatan di negara ini. Nilai nisbah Cl/Br yang diperoleh keseluruhannya adalah di antara 0.017 - 0.514 manakala nisbah puratanya ialah 0.322±0.200. Anggaran nisbah etil purata Br/Pb dan Cl/Pb masing-masingnya ialah 0.862 dan 0.195. Keputusan kajian menunjukkan bahawa nilai nisbah antara unsur-unsur tersebut adalah berbeza-beza dengan yang terdapat di negara-negara lain. Suhu iklim ialah faktor utama yang diambil kira dalam menentukan tahap pencampuran sebatian unsur-unsur tersebut dalam penghasilan mutu minyak yang dikehendaki sesuai dengan keperluan tempatan.

Downloads

Published

1994-05-15

Issue

Section

Science and Engineering

How to Cite

Nilai Nisbah Klorida/ Bromin Dan Etil Dalam Minyak Petrol Tempatan. (1994). Jurnal Teknologi, 23(1), 1-6. https://doi.org/10.11113/jt.v23.1076