Tinjauan Rancangan Pemulihan Bencana PC Di Malaysia

Authors

  • Mohd. Hassan Selamat
  • Normah Isa
  • Abu Talib Othman

DOI:

https://doi.org/10.11113/jt.v24.1088

Abstract

Oleh kerana bencana berlaku di luar jangkaan maka rancangan pemulihan bencana adalah perlu dalam merancang sumber, mengawal situasi serta memastikan organisasi masih berfungsi walaupun bencana menimpa pusat maklumatnya. Malangnya masih kurang organisasi yang menyediakannya. Jadi, satu tinjauan telah dijalankan untuk mengenalpasti sejauh mana pentingnya rancangan pemulihan bencana komputer peribadi kepada organisasi di Malaysia. Tanggapan pengguna tentang penyebab bencana dan kesannya terhadap operasi organisasi juga diselidiki. Data telah dikumpulkan dari organisasi di sekitar Lembah Kelang. Hasil kajian menunjukkan organisasi menganggap rancangan pemulihan bencana PC adalah penting terutamanya yang dihubungkan dengan rangkaian setempat. Strategi pemulihan juga dipraktikkan dengan sebaiknya oleh organisasi yang membangunkan rancangan tersebut. Keputusan juga menunjukkan bahawa bencana yang pernah berlaku tidak memberi kesan yang ketara kepada operasi organisasi disebabkan kebanyakan aplikasi yang kritikal dijalankan di kerangka utama. Katakunci: PC; Bencana; Organisasi; Perancangan; Strategi

Downloads

Published

1994-05-15

Issue

Section

Science and Engineering

How to Cite

Tinjauan Rancangan Pemulihan Bencana PC Di Malaysia. (1994). Jurnal Teknologi (Sciences & Engineering), 24(1), 69-81. https://doi.org/10.11113/jt.v24.1088