Reaksi Masyarakat Terhadap Kebisingan Komuniti

Authors

  • Mansor Ibrahim
  • Mohd Asri Abu Bakar

DOI:

https://doi.org/10.11113/jt.v24.1089

Abstract

Setakat ini kajian mengenai reaksi masyarakat tempatan terhadap pencemaran bunyi bising masih belum meluas berbanding dcngan negara negara maju. Pada umumnya, kajian-kajian di negara barat khasnya di kalangan masyarakat Amerika Syarikat menunjukkan faktor: sosio ekonomi mempengaruhi tingkat reaksi mereka terhadap sesuatu paras kebisingan. Tujuan artikel ini adalah untuk membincangkan tentang reaksi masyarakat di beberapa kawasan kediaman di Johor Bahru terhadap masalah pencemaran bunyi bising. Sebelas faktor sosio ekonomi termasuk bangsa, jantina, umur, taraf pendidikan, pendapatan, jenis kediaman, hak milik kediaman, jangka masa mendiami kediaman, percepsi terhadap kawasan kediaman dan pengetahuan perundangan telah digunakan untuk mengukur reaksi masyarakat terhadap suatu paras kebisingan tertentu. Dari keseluruhan faktor-faktor tersebut, didapati faktor-faktor jenis kediaman, jantina, pekerjaan, pendapatan, jangka masa menduduki kawasan kediaman dan persepsi masyarakat terhadap kawasan kediaman telah mempengaruhi reaksi seorang kepada bunyi bising. Kajian juga menunjukkan sebilangan kecil anggota masyarakat merasakan perlunya kawalan kebisingan dilakukan bagi mengurangkan masalah bunyi bising komuniti. Sebilangan besar daripada anggota masyarakat masih tidak tahu hak dan cara untuk membuat aduan kepada pihak berkaitan. Antara langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan masalah kebisingan komuniti termasuklah mempertingkatkan pengetahuan dan kesedaran masyarakat, memperketatkan penguatkuasaan perundangan dan memperkenalkan kaedah perancangan gunatanah seperti penggunaan hadangan, susun atur kawasan dan reka bentuk perumahan serta penggubanhan polisi-polisi perancangan gunatanah yang berkaitan.

Downloads

Published

1994-05-15

Issue

Section

Science and Engineering

How to Cite

Reaksi Masyarakat Terhadap Kebisingan Komuniti. (1994). Jurnal Teknologi (Sciences & Engineering), 24(1), 83-103. https://doi.org/10.11113/jt.v24.1089