Impak Strategi Politik Terhadap Amalan Kepimpinan Pengajaran Pengetua Cemerlang

Authors

  • Lokman Mohd Tahir
  • M. Al Muzammil
  • Mislina Salleh

DOI:

https://doi.org/10.11113/jt.v60.1442

Abstract

This study aimed to assess the instructional leadership practices and political strategies implemented by the senior principals. Samples for this study consist of 327 teachers from ten secondary schools in Johor Bahru that was leads by the senior principals. Insruments for this research was based on the political strategies adapated from Bolman and Deal (2003)’s political frame and instructional leadership (PIMRS) model which was developed by Hallinger and Murphy (1987). Result indicates that the senior principals utilized high-level all the eleven instructional leadership practices which emphasizes on the setting and enforcement functions of the basic or standard curriculum and the functions to clarify the school’s aims in instructional leadership, whereas the function of supporting the teaching activities and functions of perceiving and evaluate the teaching are given less priority. Finding for implementation of political strategies reveals that senior principals given greater priority to the elements of negotiation and bargaining, but less practices on the dimension of setting the agenda in choosing the elements of the current political strategy while leading the school. In addition, the data also showed that political strategies that used by the senior principal has much influence in practicing the instructional leadership while leading the school. Keywords: Political strategies; senior principals; structure equation modeling; instructional leadershipivity tinggi Kajian ini dirangka untuk menilai amalan kepimpinan pengajaran serta strategi politik yang dipraktikkan oleh Pengetua Cemerlang (PC) dalam memimpin guru. Dalam menilai kepimpinan pengajaran dan strategi politik Pengetua Cemerlang, seramai 327 orang guru yang berkhidmat di 10 buah sekolah yang dipimpin oleh Pengetua Cemerlang dijadikan sebagai lokasi kajian ini. Instrumen kajian telah dibina dan ditadbir berdasarkan strategi dalam kepimpinan politik oleh Bolman and Deal (2003) manakala item kepimpinan pengajaran diasaskan model Hallinger and Murphy (1987). Hasil kajian mendapati bahawa Pengetua Cemerlang telah melaksanakan 11 fungsi dalam kepimpinan pengajaran dengan fungsi penetapan dan penguatkuasaan dasar atau standard kurikulum sebagai amalan yang paling kerap dilaksanakan. Sementara itu, fungsi memberi sokongan dalam aktiviti pengajaran dan fungsi mencerap dan menilai pengajaran guru dinilai oleh guru-guru sebagai aspek yang masih kurang diberi keutamaan oleh Pengetua Cemerlang. Perbincangan dalam strategi politik pula mendapati bahawa keutamaan diberikan kepada elemen perundingan dan tawar menawar namun masih lagi kurang melaksanakan proses menetapkan agenda dalam ketika memimpin sekolah. Kepimpinan pengajaran yang diamalkan oleh Pengetua Cemerlang juga didapati disumbangkan oleh aspek strategi politik Pengetua Cemerlang ketika memimpin sekolah. Kata kunci: Strategi politik; pengetua cemerlang; model persamaan berstruktur; kepimpinan pengajaran

Downloads

Published

2012-12-15

Issue

Section

Social Sciences

How to Cite

Impak Strategi Politik Terhadap Amalan Kepimpinan Pengajaran Pengetua Cemerlang. (2012). Jurnal Teknologi, 60(1), 1–10. https://doi.org/10.11113/jt.v60.1442