Perspektif Orang Cina Terhadap Agama Islam di Malaysia: Satu Tinjauan Awal

Authors

  • Mohd Azhar Abd. Hamid
  • Rosman Md. Yusuff
  • Muhammed Fauzi Othman
  • Mohd Koharuddin Balwi

DOI:

https://doi.org/10.11113/jt.v60.1443

Abstract

In general the Chinese are pragmatic for religions and beliefs. In Malaysia since independence until the 1969 racial conflict, religion is not a sensitive issue that alienate ethnic groups in Malaysia. After 1969,the socio-economic issues, socio-political and socio-cultural more have a place in race relations, especially between Chinese and Malays. However, the Chinese perspective on Islam has peaked in recent years. This situation occurs not only in Malaysia but in other places in the world due to public awareness of the rights and freedom of speech in the context of liberal-democratic society. Therefore, this article was written to hightlights this issue within the framework of transformative learning theory. The author searched this issue on opinion and most previous studies are largely perception alone. This is because there is still an open and comprehensive study on this complex issue of 'Chinese perspective on Islam'. Therefore, this article explains in simple nature of the Chinese perspective on Islam in the frame of mind of the Malays. However, these discussions take into account the views of both Malay and Chinese writers. In general, the fundamental question that arises from the Chinese perspective on Islam is very much related to the premises 'Malay is Islam' and its relationship with the survival of the Malays as stated in the Constitution of Malaysia. Keywords: Learning transformation; transformation perspectives;Islamic religion; Malays; Chinese Pada umumnya orang Cina bersifat pragmatik terhadap agama dan kepercayaan. Di Malaysia sejak merdeka sehingga konflik kaum 1969, agama bukanlah isu sensitif yang merenggangkan hubungan kaum di Malaysia. Selepas tahun 1969, isu-isu sosioekonomi, sosiopolitik dan sosiobudaya lebih mendapat tempat dalam hubungan kaum khususnya antara orang Cina dan Melayu. Bagaimanapun, perspektif orang Cina terhadap agama Islam semakin memuncak sejak kebelakangan ini. Situasi ini berlaku bukan hanya di Malaysia, malah di tempat-tempat lain di dunia ekoran kesedaran masyarakat terhadap hak dan kebebasan bersuara dalam konteks masyarakat liberal-demokratik. Justeru itu, artikel ini ditulis bertujuan untuk mengupas isu ini dalam kerangka teori pembelajaran transformatif. Penulis menelusuri isu ini berdasarkan pandangan dan kajian lepas yang kebanyakannya hanyalah bersifat persepsi semata-mata. Hal ini kerana masih belum terdapat suatu kajian yang komprehensif dan terbuka tentang isu yang kompleks ini iaitu "perspektif orang Cina terhadap agama Islam". Oleh yang demikian, artikel ini secara sederhana menjelaskan nature perspektif orang Cina terhadap agama Islam dalam kerangka pemikiran orang Melayu. Sungguhpun begitu, perbincangan ini mengambil kira kedua-dua pandangan penulis Melayu dan Cina. Pada umumnya, persoalan dasar yang timbul daripada perspektif orang Cina terhadap agama Islam sangat berkaitan dengan premis "Melayu adalah Islam" serta kaitannya dengan kelangsungan hidup orang Melayu seperti mana yang terwarta dalam Perlembagaan Malaysia. Kata kunci: Pembelajaran transformasi; transformasi perspektif; agama Islam; orang Melayu; orang Cina

Downloads

Published

2012-12-15

Issue

Section

Social Sciences

How to Cite

Perspektif Orang Cina Terhadap Agama Islam di Malaysia: Satu Tinjauan Awal. (2012). Jurnal Teknologi (Sciences & Engineering), 60(1), 11–19. https://doi.org/10.11113/jt.v60.1443