Nilai Profesionalisme Bakal Guru Berteraskan Indikator Standard Guru Malaysia (SGM)

Authors

  • Nur Hafizoh Idris
  • Rohanah Hamzah

DOI:

https://doi.org/10.11113/jt.v60.1445

Abstract

High quality educator will produce high quality human capital. Therefore, the purpose of this study is to determine the level of professionalism education value practices among trainee educator based on Standard Guru Malaysia (SGM). The level of professionalism education value practices is determine based on three elements from 14 original elements in measuring self-domain which is believe in God, leadership and interpersonal and intrapersonal skills. This descriptive research used modified rubric instrument based on SGM and reliability value of the instrument is is 0.87. 188 final year students, who are doing education course at Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor have been used as the respondent. Statistical Package for the Social Science (SPSS 16.0) software has been used to analyze raw data of this research. Research findings showed that the overall levels of professionalism value practices by trainee educator are at moderate level (mean 3.31) with leadership elemen at the lowers frequency. Further analysis on believe in God shows that sub-item, which is "integration value believe in God through education process because educator believe it as the highest value in producing good personality" also get the lowers frequency. This interesting finding shows that trainee educator do not have very clear self understanding that integration of self-awareness and believe in God existence as the highest and prerequisite values for producing good personality character individual. Therefore, this research propose to strengthen professionalism value among trainee educator through training program so that they can understand that the real purpose of education process is to produce good personality character leader based on the highest value which is believe in God. Keywords: Professionalism of teaching; Malaysia‟s Teacher Standard (SGM); quality Guru berkualiti mampu melahirkan insan berkualiti. Oleh itu kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan nilai profesionalisme bakal guru berteraskan Indikator Standard Guru Malaysia (SGM). Tahap amalan nilai profesionalisme bakal guru ini dikaji berdasarkan tiga daripada 14 elemen domain diri iaitu kepercayaan kepada Tuhan, kepimpinan dan kemahiran interpersonal dan intrapersonal. Penyelidikan deskriptif ini mengunakan rubrik telah diubah suai berdasarkan kepada SGM dan nilai kebolehpercayaan yang diperolehi ialah 0.87. 188 orang pelajar tahun akhir iaitu bakal guru di UTM Skudai, Johor terlibat sebagai responden kajian. Perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS 16.0) telah digunakan untuk menganalisis data yang diperolehi. Dapatan kajian menunjukkan purata keseluruhannya tahap amalan profesionalisme keguruan berteraskan SGM adalah berada pada tahap yang baik atau sederhana dengan nilai min 3.31 dengan elemen kepimpinan memperolehi kekerapan terendah. Analisis terperinci terhadap elemen kepercayaan kepada Tuhan menunjukkan sub-item menerapkan kepercayaan kepada Tuhan kerana guru menyakini ia adalah nilai tertinggi dalam pembentukan seorang insan juga memperolehi kekerapan yang terendah. Dapatan menarik ini menunjukkan bakal guru kurang jelas bahawa penerapan kesedaran dan keyakinan terhadap kewujudan Tuhan adalah nilai tertinggi yang menjadi prasyarat untuk melahirkan insan berakhlak mulia. Oleh itu kajian ini mencadangkan untuk memantapkan penerapan nilai profesionalisma bakal guru melalui program pelatihan pendidik agar mereka lebih memahami tujuan sebenar proses pendidikan ialah melahirkan pemimpin berakhlak mulia berteraskan nilai tertinggi iaitu kepercayaan kepada Tuhan. Kata kunci: Nilai profesionalisme keguruan; Standard Guru Malaysia (SGM); kualiti

Downloads

Published

2012-12-15

Issue

Section

Social Sciences

How to Cite

Nilai Profesionalisme Bakal Guru Berteraskan Indikator Standard Guru Malaysia (SGM). (2012). Jurnal Teknologi, 60(1), 31–37. https://doi.org/10.11113/jt.v60.1445