Keperluan Ijtihad dalam Pengurusan Pewarisan Harta: Kajian Terhadap Amalan Nuzriah di Singapura

Authors

  • Suhaimi Mustar
  • Nasrul Hisyam Nor Muhamad

DOI:

https://doi.org/10.11113/jt.v60.1446

Abstract

This article analyzes the need for ijtihad in the management of inheritance with particular reference to the practices on nuzriah in Singapore. For that purpose, the discussion has been made on a nuzriah case that was decided in the High Court of Singapore. In order to analyze the position of nuzriah, the authors has examined the legal views of fiqh, the contemporary fatwas, the provisions of law, and the objectives of Shariah in nuzriah implementation nuzriah in inheritance. The study found that nuzriah is an instrument for the distribution of property that is suitable to be practiced in certain situations to address issues of conflict in the inheritance. In the Singapore context, the concept of nuzriah can be adapted in planning the family property distribution in addition to the use of hibah, wills and trusts. Nevertheless, the effectiveness of nuzriah as estate planning instrument also depends on its compliance with both Civil law and Islamic law. Keywords: Ijtihad; inheritance; nazar; nuzriah; Islamic Law in Singapore Artikel ini menganalisis keperluan ijtihad dalam pengurusan pewarisan harta dengan rujukan khusus kepada amalan nuzriah di Singapura. Untuk tujuan tersebut, perbincangan telah dibuat terhadap satu kes berkenaan nuzriah yang telah diputuskan di Mahkamah Tinggi Singapura. Penulis dalam menganalisis kedudukan nuzriah telah membahaskan pandangan-pandangan fiqh, fatwa semasa, peruntukan undangundang, dan tujuan Syariah dalam pelaksanaan nuzriah dalam pewarisan harta. Kajian mendapati bahawa nuzriah adalah instrumen agihan harta yang sesuai diamalkan dalam situasi-situasi tertentu bagi menangani isu-isu yang menjadi konflik dalam perwarisan harta. Dalam konteks Singapura, konsep nuzriah boleh diadaptasi dalam merancang agihan harta keluarga di samping penggunaan instrumen hibah, wasiat dan amanah. Sungguhpun demikian, keberkesanan nuzriah sebagai instrumen perancangan harta juga bergantung kepada pematuhannya dengan kedua-dua undang-undang Sivil dan Islam. Kata kunci: Ijtihad; pewarisan; nazar; nuzriah; undang-undang Islam di Singapura

Downloads

Published

2012-12-15

Issue

Section

Social Sciences

How to Cite

Keperluan Ijtihad dalam Pengurusan Pewarisan Harta: Kajian Terhadap Amalan Nuzriah di Singapura. (2012). Jurnal Teknologi, 60(1), 39–48. https://doi.org/10.11113/jt.v60.1446