Profil Personaliti dalam Kalangan Pensyarah UTM yang Cemerlang dalam Pengajaran dan Pembelajaran Berdasarkan Penilaian Pengajaran Pensyarah

Authors

  • Faizah Abd Ghani

DOI:

https://doi.org/10.11113/jt.v60.1447

Abstract

This study aims to identify the personality profile among UTM lecturers who were excellent in teaching and learning based on the lecturers‟ teaching evaluation system (PPP) for semester 2 session 2007/2008 and semester 1 2008/2009. This study is corellational study and used the Big Five Personality Traits as framework research. A total of 52 lecturers had been selected using purposive sampling method. NEO-PIR inventory set by McCrae and Costa (1992) and translated by Khairul Anwar (2000) had been used in this study. It shows a high level of reliability which demonstrated the alpha Cronbach value of .870 for Neuroticism, .804 for Extraversion, .790 for Openness to Experience, .682 for Agreeableness and .904 for Conscientiousness. Overall, the value of alpha Cronbach is .813. The data collected were analyzed using 'Statistical Packages for Social Sciences(SPSS v12 for windows). The result of the descriptive analysis showed that the majority of excellent lecturers have conscientiousness profile of personality (mean=182.57), followed by agreeableness (mean=175.75) and extraversion (mean=160.019). The finding also showed that there was no significant between the profile of personality and achievement among the excellent lecturers. Keywords:Personality profile; lecturer; excellent; teaching and learning; teaching evaluation Kajian ini bertujuan untuk mengkaji profil personaliti pensyarah UTM yang cemerlang dalam pengajaran dan pembelajaran berdasarkan Penilaian Pengajaran Pensyarah (PPP) bagi semester 2 sesi 2007/2008 dan semester 1 sesi 2008/2009. Kajian ini merupakan kajian korelasi dan menggunakan Teori Tret Personaliti Big Five sebagai kerangka kajian. Seramai 52 orang pensyarah cemerlang dalam PPP dilibatkan sebagai responden. Persampelan bertujuan digunakan dalam kajian ini dan Soal selidik NEO-PI-R oleh McCrae and Costa (1992) yang diterjemahkan oleh Khairul Anwar (2000) digunakan sebagai instrumen kajian. Soal Selidik ini mempunyai nilai kebolehpercayaan yang baik berdasarkan nilai alpha Cronbach .870 bagi domain Neuroticism (N), .804 bagi domain Extraversion (E), .790 bagi domain Openness to Experience (O), .682 bagi domain Agreeableness (A), dan .904 bagi domain Conscientiousness (C). Nilai alpha Cronbach bagi keseluruhan item adalah .813. Data yang telah dikumpul dianalisis menggunakan „Statistical Packages for Social Sciences’ (SPSS) versi 12.0 for windows. Analisis deskriptif menunjukkan bahawa majoriti pensyarah yang cemerlang memiliki profil personaliti conscientiousness (min=182.57) diikuti dengan agreeableness (min=175.75) dan extraversion (min=160.019). Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat hubungan profil personaliti dengan pencapaian pensyarah yang cemerlang. Kata kunci: Profil personaliti; pensyarah; cemerlang; pengajaran dan pembelajaran; penilaian pengajaran

Downloads

Published

2012-12-15

Issue

Section

Social Sciences

How to Cite

Profil Personaliti dalam Kalangan Pensyarah UTM yang Cemerlang dalam Pengajaran dan Pembelajaran Berdasarkan Penilaian Pengajaran Pensyarah. (2012). Jurnal Teknologi, 60(1), 49–56. https://doi.org/10.11113/jt.v60.1447