Faktor Peramal Minat Belia Untuk Menjadi Nelayan: Satu Kajian Di Mukim Kuala Besut, Terengganu

Authors

  • Wan Mohd Zaifurin Wan Nawang @ Wan Ahmad
  • Ibrahim Mamat
  • Abdul Majid Mohd Isa

DOI:

https://doi.org/10.11113/jt.v50.182

Abstract

Mukim Kuala Besut merupakan salah satu kawasan perikanan utama di Negeri Terengganu. Justeru, pihak Kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan perikanan dan program pembangunan untuk membangunkan keluarga nelayan. Bagaimanapun, generasi muda nelayan di Mukim Kuala Besut didapati tidak berminat untuk menceburi bidang perikanan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji minat belia dalam kerjaya nelayan di Mukim Kuala Besut. Seramai 365 orang belia lelaki, berumur antara 18 hingga 40 tahun, terdiri daripada anak nelayan Melayu telah dipilih sebagai responden kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa minat belia untuk menceburi kerjaya nelayan berada pada tahap yang sederhana. Tiga faktor utama yang mempengaruhi minat mereka ialah program latihan, faedah dan pemasaran. Kata kunci: Belia; minat; kerjaya; nelayan Mukim Kuala Besut is one of the main fishing areas in Terengganu. Numerous fishing facilities and development programs have been implemented by the Government to support the families of fishermen. However, most of the young generation in Mukim Kuala Besut were not interested in fishing industry. The objective of the study is to explore the interest of youth in a fishing career in Mukim Kuala Besut. A sampel of 365 young males, aged between 18 to 40 years old, children of Malay fishermen were chosen for this study. The results of the study showed that the level of youths’ interest in fishing career was moderate. Three main factors influencing their interest were training programs, benefits and marketing. Key words: Youth; interest; career; fisherman

Downloads

Published

2012-01-20

Issue

Section

Social Sciences

How to Cite

Faktor Peramal Minat Belia Untuk Menjadi Nelayan: Satu Kajian Di Mukim Kuala Besut, Terengganu. (2012). Jurnal Teknologi, 50(1), 29–52. https://doi.org/10.11113/jt.v50.182