Pendekatan Formalisasi Model Berorientasi Objek Dengan Model Formal: Satu Tinjauan

Authors

  • Noraida Haji Ali
  • Zarina Shukur
  • Sufian Idris

DOI:

https://doi.org/10.11113/jt.v49.193

Abstract

Kaedah formal yang digunakan dalam pembangunan perisian atau sistem adalah berasaskan kepada notasi dan teorem matematik dalam reka bentuknya. Ia menggunakan model dan notasi matematik bagi spesifikasi, reka bentuk dan penentusahan perisian. Kaedah orientasi objek pula merupakan satu metodologi reka bentuk bermodular yang berasaskan kepada huraian satu sistem kepada koleksi objek yang berinteraksi antara satu sama lain. Untuk mempertingkatkan lagi analisis dalam kaedah orientasi objek; satu teknik dikenali sebagai proses formalisasi, iaitu mengintegrasikannya dengan notasi formal yang sesuai dicadangkan. Kertas ini akan membincangkan kajina–kajian lepas yang telah dilakukan dalam proses formalisasi ini dan fokus perbincangan mengenai pendekatan yang telah digunakan bagi tujuan di atas. Selain daripada itu, kertas ini juga membincangkan mengenai kebaikan atau faedah yang boleh diperolehi daripada proses ini dan mengapa ia menjadi satu keperluan dalam proses pembangunan sistem. Kata kunci: Pemodelan berorientasi objek; pemodelan formal; UML; Z dan Object–Z Formal method for software or system development involves the exploitation of related mathematic notation and theorem. Object orientation on the other hand is a modular methodology in which it dissociate a system into related collection of objects. To enhance the object oriented analysis; a techniques known as formalization process that integrate the formal notation with selected object oriented method is proposed. As such, the paper will review previous work specifically focusing on the approaches taken. In addition, benefits obtained formalization process used in establishing the technique and the needs for this particular technique are also discussed further in this paper. Key words: Object–oriented model; formal method; UML; Z and Object–Z

Downloads

Published

2012-01-20

Issue

Section

Science and Engineering

How to Cite

Pendekatan Formalisasi Model Berorientasi Objek Dengan Model Formal: Satu Tinjauan. (2012). Jurnal Teknologi, 49(1), 1–12. https://doi.org/10.11113/jt.v49.193