Persepsi Pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Terhadap Plagiarisme

Authors

  • Arieff Salleh Rosman
  • Ahmad Mahyuddin Hassan
  • Azmi Shah Suratman
  • Mohd Nasir Ripin
  • Nurazmallail Marni

DOI:

https://doi.org/10.11113/jt.v48.238

Abstract

Plagiarisme merupakan salah satu “jenayah†yang kerap berlaku di institusi pengajian tinggi dan menjejaskan integriti akademik. Matlamat mewujudkan komuniti akademik, iaitu pembangunan dari aspek intelektual dan etika akan terbantut dengan wujudnya gejala plagiarisme. Oleh itu, kajian ini penting untuk meninjau persepsi pelajar tentang amalan yang dianggap sebagai plagiat. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kekerapan pelajar melakukan amalan yang dianggap sebagai plagiat dan mengetahui anggapan pelajar tentang amalan plagiat. Kaedah serta data yang digunakan adalah bersifat kuantitatif melibatkan 710 orang responden pelajar UTM Kampus Skudai aliran perdana yang mendaftar mata pelajaran ULT 3042 pada semester I sesi 2003/04. Satu set soal selidik yang bersumberkan McCabe Academic Integrity Survey (M–AIS) telah diedarkan dan sebanyak 341 set soal selidik telah dikembalikan. Dapatan kajian ini mendapati bahawa kekerapan pelajar UTM melakukan plagiat adalah rendah dan terdapat kepelbagaian persepsi terhadap sembilan tingkah laku yang dikemukakan. Kata kunci: Plagiarisme; integriti; hak moral; ketidakjujuran akademik; kefahaman

Downloads

Published

2012-01-20

Issue

Section

Social Sciences

How to Cite

Persepsi Pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Terhadap Plagiarisme. (2012). Jurnal Teknologi (Sciences & Engineering), 48(1), 1–14. https://doi.org/10.11113/jt.v48.238