Tahap Kemahiran Kefahaman Mendengar Bahasa Arab di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Agama Negeri

Authors

  • Nik Mohd. Rahimi Nik Yusoff
  • Kamarulzaman Abd. Ghani
  • Zawawi Ismail

DOI:

https://doi.org/10.11113/jt.v45.349

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap kemahiran kefahaman mendengar bahasa Arab di kalangan pelajar sekolah menengah agama negeri. Reka bentuk kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah tinjauan semasa. Sebanyak lima aspek kefahaman mendengar bahasa Arab yang dinilai dalam kajian ini. Lima aspek kefahaman mendengar tersebut ialah; (i) kefahaman mendengar bunyi bahasa Arab; (ii) kefahaman mendengar makna perkataan secara leksikal; (iii) kefahaman mendengar makna perkataan secara kontekstual; (iv) kefahaman mendengar teks secara literal; dan (v) kemahiran mendengar teks secara inferential. Kajian ini dijalankan di sekolah–sekolah menengah agama negeri di Kelantan. Keputusan menunjukkan subkemahiran pertama berada pada tahap tinggi; subkemahiran kedua dan ketiga berada pada tahap sederhana; dan subkemahiran keempat dan kelima berada pada tahap lemah. Kata kunci: kemahiran kefahaman mendengar, sub–sub kemahiran kefahaman mendengar, bahasa Arab The aim of this study was to evaluate the level of Arabic listening comprehension among state religious secondary school students. There were five aspects of Arabic listening comprehension, which were evaluated in this study. The research design which was used in this study was cross sectional survey. The five aspects of Arabic listening comprehension were; (i) Arabic sound; (ii) word meaning lexically; (iii) word meaning contextually; (iv) texts meaning literally; and (v) texts meaning inferentially. This study was carried out at state religious secondary schools in Kelantan. The results showed the first sub skills was at a high level, the second and third sub skills was at a moderate level, and the fourth and fifth sub skills was at a weak level. Key words: listening comprehension skills, listening comprehension sub skills, Arabic language

Downloads

Published

2012-01-20

Issue

Section

Social Sciences

How to Cite

Tahap Kemahiran Kefahaman Mendengar Bahasa Arab di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Agama Negeri. (2012). Jurnal Teknologi, 45(1), 83–98. https://doi.org/10.11113/jt.v45.349