Penyediaan dan Pencirian Membran Pertukaran Kation dengan Resin untuk Proses Elektrodialisis

Authors

  • Mahadevan. M.
  • Lay Pee Lin
  • Zainal Abidin M. Y.
  • Mohamad Roji Sarmidi

DOI:

https://doi.org/10.11113/jt.v40.422

Abstract

Elektrodialisis merupakan suatu proses yang menggunakan perbezaan keupayaan elektrik sebagai daya penggerak yang menyebabkan pergerakan ion-ion dalam sesuatu elektronit. Membran yang digunakan dalam proses ini akan membenarkan sama ada cas-cas positif atau negatif sahaja melaluinya bergantung kepada kumpulan berfungsi yang terikat pada membran. Objektif projek penyelidikan ini adalah untuk menghasilkan membran pertukaran kation yang digunakan dalam proses elektrodialisis. Membran-membran pertukaran kation yang dihasilkan terbahagi kepada lima jenis, dan diberi nama sebagai BERL–30, 40, 50, 60, dan 70. Kelima-lima jenis membran ini berbeza dari segi kandungan resin yang berfungsi sebagai vektor pertukaran cas kation. Di samping penyediaan membran, penyelidikan ini juga meliputi aspek pencirian membran tersebut serta perbandingan dengan membran komersial. Kriteria yang dikaji adalah ketebalan membran, sifat kebolehtelapan membran, kapasiti pertukaran ion, kapasiti kepekatan ion kumpulan berfungsi, morfologi struktur membran, ujian kestabilan kimia dan kandungan air membran. Secara keseluruhannya, didapati peratus kandungan resin yang tinggi boleh meningkatkan kapasiti pertukaran ion, peratus kebolehtelapan membran serta kapasiti kepekatan ion kumpulan berfungsi. Antara membran yang dihasilkan, membran pertukaran kation jenis BERL–70 merupakan membran yang berpotensi dalam penggunaan proses elektrodialisis. Kata kunci: Membran pertukaran kation, polisulfona, resin pertukaran ion, ciri-ciri membran, elekrodialisis The objective of this work is to prepare an anion exchange membrane from polysulfone binder–ion exchange resin, which can be used in electrodialysis process. The cation exchange membranes were prepared by the solution casting method. The prepared anion exchange membranes are different from the conventional cation exchange membranes because its functional group is not derived from chlorosulfonic acid but from the absorption of anion exchange resins. The content of resins in each set of the prepared cation exchange membrane varied and were named as BERL–30, 40, 50, 60, and 70. In addition, the performance and behaviour of the prepared anion exchange membrane were evaluated and compared with the commercial cation exchange membranes. The physico-chemical properties of anion exchange membrane were determined by measuring the membrane thickness, permselectivity, and concentration of ion exchange capacity, chemical stability, water content, and scanning electron microscope (SEM). It was found that the increase in the quantity of resin (%) would increase the capacity of ion exchange, percentage of permselectivity, and capacity concentration of ion exchange group. The experimental results showed that cation exchange membrane has the potential to be used in electrodialysis process. Keywords: Cation exchange membrane, electrodialysis, polysulfone, ion exchange resin, membrane characterisation

Downloads

Published

2012-01-20

Issue

Section

Science and Engineering

How to Cite

Penyediaan dan Pencirian Membran Pertukaran Kation dengan Resin untuk Proses Elektrodialisis. (2012). Jurnal Teknologi, 40(1), 51–64. https://doi.org/10.11113/jt.v40.422