Pemupukan Kemahiran Proses Sains di Kalangan Pelajar Tingkatan Dua di Sekolah Bestari

Authors

  • Rose Amnah Abdul Rauf
  • Abd. Rashid Johar
  • Lilia Halim
  • Siti Rahayah Ariffin

DOI:

https://doi.org/10.11113/jt.v40.427

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meminjam persekitaran pengajaran-pembelajaran sains di Sekolah Bestari dalam menyediakan peluang pemupukan kemahiran proses sains (KPS) di kalangan pelajar. Kajian ini merupakan kajian kes jenis kualitatif. Seramai 24 pelajar dan 2 orang guru dipilih menjadi peserta kajian dari dua buah Sekolah Bestari. Hasil analisis dokumen menunjukkan bahawa kurikulum memainkan peranan penting dalam menentukan perancangan pemupukan kemahiran proses sains. Kajian ini mendapati peluang pemupukan kemahiran proses sains wujud dalam proses pengajaran-pembelajaran sains di Sekolah Bestari. Peluang pemupukan ini didapati daripada kaedah pengajaran dan bahan pengajaran-pembelajaran yang digunakan. Kaedah perbincangan memupuk banyak jenis kemahiran proses sains berbanding kaedah pengajaran yang lain. Kemahiran proses sains yang paling kerap dipupuk melalui kaedah perbincangan adalah kemahiran berkomunikasi. Bahan pengajaran-pembelajaran yang memupuk paling banyak jenis kemahiran proses sains ialah penggunaan pengurusan grafik. Kajian ini juga mencadangkan model pemupukan kemahiran proses sains. Kata kunci: Kemahiran projek sains, Sekolah Bestari, pemupukan, pengajaran-pembelajaran This study aims at exploring science teaching-learning environment of smart schools in providing opportunities to incalculate science process skills amongst students. This is a case study using a qualitative method. 24 students and 2 teachers from two smart schools were chosen as the participants. Document analysis indicates that the curriculum plays a major role in determining the planning of incalculating science process skills. This study shows that opportunities to incalculate science process skills exist in the teaching-learning process of science in smart schools, through the use of teaching methods and teaching aids. The discussion method incalculates more science process skills compared to other methods of teaching. This science process skills that is most incalculated through the discussions methods is the communication skill. Graphic organizer used as a teaching aid was found to incalculate and the most variety of science process skills. This study also suggests a model for the incalculation of science process skills. Key words: Science process skills, smart schools, incalculate, teaching-learning

Downloads

Published

2012-01-20

Issue

Section

Social Sciences

How to Cite

Pemupukan Kemahiran Proses Sains di Kalangan Pelajar Tingkatan Dua di Sekolah Bestari. (2012). Jurnal Teknologi, 40(1), 19–32. https://doi.org/10.11113/jt.v40.427