Konsep Kendiri dan Pencapaian Akademik Golongan Remaja: Melihat Sejauhmana Gaya Kepimpinan Ibu Bapa sebagai Moderator

Authors

  • Ishak Mad Shah

DOI:

https://doi.org/10.11113/jt.v40.428

Abstract

Kajian ini bertujuan melihat sejauhmana gaya kepimpinan ibu bapa menjadi moderator kepada hubungan antara konsep kendiri dengan pencapaian akademik remaja. Untuk mencapai objektif kajian ini, seramai 687 orang remaja yang belajar di tingkatan empat dan lima dari beberapa sekolah menengah kebangsaan di Johor Bahru dipilih sebagai subjek kajian. Instrumen Tennessee Self–Concept Scale yang dibina oleh Fitts dan Indeks Topologi Amalan Didikan oleh Baumrind digunakan untuk tujuan pengumpulan data. Data pencapaian akademik diambil dari peperiksaan akhir. Data yang telah terkumpul dianalisis menggunakan statistik deskriptif kecenderungan memusat untuk menganalisis latar belakang subjek kajian. Analisis kesan pemboleh ubah moderator ke atas hubungan pemboleh ubah bebas dengan pemboleh ubah terikat telah dilakukan menggunakan statistik infrensi regresi pelbagai. Keputusan kajian yang diperolehi menunjukkan gaya kepimpinan authoritarian dan autoritatif ibu bapa didapati hanya bertindak sebagai pengamal secara signifikan kepada hubungan antara konsep kendiri dan pencapaian akademik golongan remaja. Hubungan antara konsep kendiri dengan pencapaian akademik golongan remaja didapati bersyarat kepada gaya kepimpinan permisif ibu bapa. Kata kunci: Konsep kendiri, gaya kepimpinan ibu bapa, pencapaian akademik The objective of this study is to see parents’ leadership style as a moderator for adolescents’ self–concept and academic achievement realtionship. 687 adolescents who are studying in form four and form five from secondary schools in Johor Bahru have been choosen as research subjects. Fitt’s Tennessee Self–Concept Scale and Baumrind Parenting Topology Index were used as research instruments. Academic achievement data had been taken from their final examination results. Descriptive statistic had been used for analysing the research subject demographic’s data. The effects of moderator variable on the relationship of independent and dependent variables are analysed by multivariate regression. The result shows the parents’ authoritarian and autoritative leadership styles as a predictor for adolescent self–concept and academic achievement relationship. Whereas, the relationship of adolescents’ self–concept and academic achievement is conditional to parents’ permissive style leadership. Key words: Self-concept, parents' leadership style, academic achievement

Downloads

Published

2012-01-20

Issue

Section

Social Sciences

How to Cite

Konsep Kendiri dan Pencapaian Akademik Golongan Remaja: Melihat Sejauhmana Gaya Kepimpinan Ibu Bapa sebagai Moderator. (2012). Jurnal Teknologi (Sciences & Engineering), 40(1), 33–44. https://doi.org/10.11113/jt.v40.428