Gaya Pembelajaran Kolb dalam Mata Pelajaran Biologi

Authors

  • Norasmah Othman
  • Siti Rashidah Othman

DOI:

https://doi.org/10.11113/jt.v40.429

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti gaya pembelajaran pelajar dalam mempelajari mata pelajaran Biologi dan menentukan sama ada terdapat perbezaan gaya pembelajaran antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan, dan juga antara pelajar Bumiputera dengan pelajar bukan Bumiputera. Gaya pembelajaran Kolb telah digunakan untuk mengukur gaya pembelajaran pelajar. Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen. Seramai 60 orang pelajar jurusan Biologi telah digunakan sebagai sampel kajian. Dapatan kajian mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik dalam penggunaan gaya pembelajaran antara pelajar lelaki dan perempuan, dan juga antara pelajar bumiputera dan bukan Bumiputera. Kata kunci: Gaya Pembelajaran Kolb The purpose of this research is to identify students’ learning styles in learning biologi and also to determine whether there is any difference in learning styles between gender and ethnic. Kolb’s Learning Style inventory was used to identify students’ learning styles. This study used survey methods as an instrument. The sample consisted of 60 biology students. Findings indicated that there is no difference in the learning styles between male and female students, and also between Bumiputera and non Bumiputera students. Key words: Kolb's Learning Style

Downloads

Published

2012-01-20

Issue

Section

Social Sciences

How to Cite

Gaya Pembelajaran Kolb dalam Mata Pelajaran Biologi. (2012). Jurnal Teknologi, 40(1), 45–58. https://doi.org/10.11113/jt.v40.429