Satu Pendekatan bagi Membangunkan Peralatan Pemarkahan Esei Berkomputer

Authors

  • Abdullah Mohd Zin
  • Saadiyah Darus
  • Norhayati Mat Kassim

DOI:

https://doi.org/10.11113/jt.v39.459

Abstract

Kertas ini membincangkan satu pendekatan bagi membangunkan satu peralatan pemarkahan esei secara automatik. Peralatan pemarkahan ini telah diimplementasi dan diintegrasikan ke dalam CMS (Coursework Management System), satu sistem pengurusan kerja kursus yang telah dibangunkan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kertas ini dimulakan dengan membincangkan kaedah pemarkahan esei yang biasa digunakan oleh pensyarah dan sistem pemarkahan esei secara automatik yang sedia ada, diikuti dengan perbincangan tentang reka bentuk dan implementasi peralatan pemarkahan ini. Kertas ini menunjukkan bahawa satu pendekatan mudah bagi membangunkan peralatan pemarkahan ialah dengan menggunakan peralatan perisian sedia ada, misalnya peralatan perisian yang disediakan oleh Microsoft Word. Namun begitu, disebabkan peralatan perisian yang disediakan oleh Microsoft Word hanya menyokong Bahasa Inggeris, hanya esei dalam Bahasa Inggeris sahaja yang dapat dimarkahkan oleh peralatan pemarkahan ini. Kata kunci: Pemarkahan esei, sistem pengurusan tugasan, peralatan perisian, peralatan pemarkahan, penilaian pembelajaran This paper discusses an approach of developing a computer-based essay-marking tool. The marking tool has been implemented and integrated into CMS (Coursework Management System), a coursework management system that has been developed at Universiti Kebangsaan Malaysia. The paper will first discuss methods that lecturers normally used in marking essays and available automated essay marking systems, followed by a discussion on the design and implementation of the marking tool. This paper shows that a simple possible approach in developing a marking tool is by using available software tools, such as software tools that are provided by Microsoft Word. However, since software tools provided by Microsoft Word can only support the English language, this marking tools can only mark essays that are written in English. Key words: Essay marking, coursework management system, software tool, marking tool, learning assessment

Downloads

Published

2012-01-20

Issue

Section

Science and Engineering

How to Cite

Satu Pendekatan bagi Membangunkan Peralatan Pemarkahan Esei Berkomputer. (2012). Jurnal Teknologi, 39(1), 13–26. https://doi.org/10.11113/jt.v39.459