Intelligent Object Analyser for Conceptual Database Design Model

Authors

  • Shahrul Azman Mohd. Noah
  • Michael Williams

DOI:

https://doi.org/10.11113/jt.v39.460

Abstract

Fasa reka bentuk konseptual pangkalan data merupakan fasa terpenting dalam proses pembangunan sebuah sistem pangkalan data memandangkan model konseptual yang terhasil melalui fasa ini adalah merupakan model semantik pertama yang dijanakan. Walau bagaimanapun, fasa ini juga digambarkan sebagai suatu fasa yang sukar dan kemungkinan untuk berlaku ralat pemodelan adalah tinggi. Sehubungan dengan itu, beberapa sistem pengautomasian yang berasaskan teknik kecerdasan buatan telah dibangunkan yang bertujuan untuk membantu mereka bentuk model konseptual tersebut. Tetapi kebanyakan daripada sistem ini lebih tertumpu kepada aspek sintesis reka bentuk dengan kemampuan diagnosis yang sangat terhad. Melalui kertas ini, satu set petua diagnosis telah dicadangkan dan diimplementasikan di dalam prototaip sistem iaitu Intelligent Object Analyser (IOA). Sungguhpun pengujian awal telah menunjukkan keputusan yang menggalakkan, masih lagi terdapat ralat pemodelan yang gagal dikesan oleh petua diagnosis yang dicadangkan. Kertas ini diakhiri dengan perbincangan dan perluasan penyelidikan dalam bidang ini. Kata kunci: Model konseptual, reka bentuk pangkalan data, sistem kecerdasan, sistem berasaskan pengetahuan Conceptual database design is seen as the most important stage of a database design process, as the conceptual model produced at this stage is the first design model constructed with formal and detailed semantics. The stage, however, is also viewed as a difficult task for designers, and the potential for committing and correcting errors is significant. As a result, it is not surprising to see the emergence of a number of automated systems employing artificial intelligence (AI) techniques in providing assistance in the design of such a model. However, the majority of these tools have been focussed on the task of design synthesis with limited diagnostic capabilities. This paper, therefore, proposed a set of diagnostic rules meant for intelligent diagnosis of conceptual database design model. These rules have been implemented using a prototype tool called the Intelligent Object Analyser (IOA). Initial testing on a number of domains has so far produce encouraging results. However, there still remains undiagnosed cases whereby the proposed diagnostic rules incapable of diagnosing. The paper concludes with a discussion of areas for future development in this field. Key words: Conceptual modelling, database design, intelligent system, knowledge-based system

Downloads

Published

2012-01-20

Issue

Section

Science and Engineering

How to Cite

Intelligent Object Analyser for Conceptual Database Design Model. (2012). Jurnal Teknologi (Sciences & Engineering), 39(1), 27–44. https://doi.org/10.11113/jt.v39.460