Tahap Kontaminasi Bioearosol: Satu Kajian Kes

Authors

  • J. Norafiqah
  • M. Ahmad
  • R. Firdausi

DOI:

https://doi.org/10.11113/jt.v39.467

Abstract

Satu kajian menilai tahap kepekatan bioaerosol di ruangan pejabat telah dijalankan dengan menggunakan teknik persampelan hentaman. Dua pemboleh ubah utama, iaitu kadar alir udara, dan masa persampelan yang optimum ditentukan terlebih dahulu. Kesesuaian pertumbuhan bioaerosol khususnya bakteria dan fungus, juga diuji dengan menggunakan empat jenis agar iaitu nutrient agar, tryptic soy agar, potato dextrose agar dan malt extract agar. Keputusan mendapati bahawa kadar alir persampelan 28 liter per minit bersama masa persampelan selama enam minit dan penggunaan medium tryptic soy agar memberikan keputusan yang terbaik. Hasil kajian menunjukkan korelasi yang amat baik di antara tahap kontaminasi bioaerosol dan bilangan manusia yang terdapat di ruangan pejabat, dengan pekali korelasinya yang amat bererti iaitu r2 = 0.99. Kata kunci: Kualiti udara dalaman, pencemaran udara dalaman, bioaerosol A study to evaluate the level of bioaerosol contamination in the office spaces was performed using the impaction sampling technique. Two main variables, i.e. sampling air flow rates and duration as well as the suitability of four agar media i.e. nutrient agar, tryptic soy agar, potato dextrose agar and malt extract agar were predetermined. The data showed that the sampling flow rate of 28 Lpm with a sampling duration of 6 minutes applied on tryptic soy agar presented the best results. The study also revealed that there was a strong correlation (i.e. r2 = 0.99) between bioaerosol contamination level and the number of person in the given sampling location. Key words: Internal air quality, internal air pollution, bioaerosol

Downloads

Published

2012-01-20

Issue

Section

Science and Engineering

How to Cite

Tahap Kontaminasi Bioearosol: Satu Kajian Kes. (2012). Jurnal Teknologi (Sciences & Engineering), 39(1), 1–10. https://doi.org/10.11113/jt.v39.467