Mengkaji Keberkesanan Aplikasi Pemusar Udara Ram Bilah Rata dalam Mengurangkan Emisi dari Pembakar Berbahan Api Cecair
DOI:
https://doi.org/10.11113/jt.v39.468Abstract
Enjin turbin gas digunakan secara meluas sama ada dalam bidang industri atau penerbangan. Kecekapan enjin merupakan salah satu kriteria dalam pemilihan enjin yang baik. Pembakar adalah antara komponen penting dalam enjin turbin gas yang banyak diberi perhatian dalam kajian oleh penyelidik. Pembakar yang baik dapat menghasilkan pembakaran yang sempurna dengan kadar bahan cemar yang minimum. Ini dapat dicapai dengan menggunakan pemusar udara. Maka melalui projek ini, kajian dilakukan untuk mengkaji keberkesanan aplikasi pemusar udara ram rata dalam mengurangkan emisi dari pembakar berbahan api cecair. Ujian pembakaran yang dilakukan menggunakan pemusar udara aliran jejarian ram rata dengan sudut pesongan ram yang berlainan. Tahap penghasilan bahan cemar diukur dan dibandingkan bagi sudut–sudut bilah yang berlainan. Keputusan yang diperolehi menunjukkan sudut pesongan bilah yang tertinggi memberikan tahap pengeluaran bahan cemar terendah berbanding sudut–sudut bilah yang lain. Kata kunci: Pemusar udara, NO, CO, bahan api cecair, ram bilah rata Gas turbine engine has been used extensively either in the industrial or the aviation sector. Engine efficiency is one of the criteria in selecting a good engine. The combustor or combustion chamber is one of the important components in a gas turbine engine that has been given attention by researchers in their research. A good combustor is capable to achieve complete combustion with minimal pollutants emissions. This can be achieved by the application of air swirler. Through this work, a study has been made to demonstrate the effectiveness of the application of straight vane air swirler in reducing emissions from liquid fuel combustor. Tests were done using straight blade radial air swirler with varying vane angles. Emissions level emitted from the combustor was measured and compared for varying vane angles. Results obtained show that the highest vane angle produces the lowest level of emissions compared to the other vane angles. Key words: Air swirler, NO, CO, liquid fuel, straight vaneDownloads
Published
2012-01-20
Issue
Section
Science and Engineering
License
Copyright of articles that appear in Jurnal Teknologi belongs exclusively to Penerbit Universiti Teknologi Malaysia (Penerbit UTM Press). This copyright covers the rights to reproduce the article, including reprints, electronic reproductions, or any other reproductions of similar nature.
How to Cite
Mengkaji Keberkesanan Aplikasi Pemusar Udara Ram Bilah Rata dalam Mengurangkan Emisi dari Pembakar Berbahan Api Cecair. (2012). Jurnal Teknologi (Sciences & Engineering), 39(1), 11–22. https://doi.org/10.11113/jt.v39.468