Assessing Inherent Health Hazard for Proposed Plants
DOI:
https://doi.org/10.11113/jt.v39.471Abstract
Pada peringkat awal reka bentuk loji kimia, keputusan paling penting dan kritikal yang perlu dibuat adalah ketika pemilihan proses kimia yang bakal digunakan untuk penghasilan produk yang dikehendaki. Sebelum ini, ekonomi merupakan faktor yang diberi keutamaan dalam pemilihan proses kimia yang terbaik. Sebaliknya kini, faktor kesihatan, keselamatan serta alam sekitar merupakan isu penting yang menjadi tumpuan dan amat dititikberatkan dalam pengoperasian sesebuah loji. Risiko ke atas kesihatan para pekerja di kawasan loji berikutan terdedah kepada bahan–bahan kimia di tempat kerja dapat dikurangkan melalui pemilihan proses kimia yang betul. Proses yang paling ‘sihat’ dapat dikenal pasti dengan menjumlahkan ancaman ke atas kesihatan manusia. Dalam projek ini, PRHI telah diperkenalkan untuk menjangka potensi ancaman proses kimia ke atas kesihatan pekerja. Proses alternatif yang wujud bagi menghasilkan produk yang sama akan disusun berdasarkan tahap kesihatan yang dihasilkan oleh setiap proses. Lebih tinggi nilai indeks yang diperolehi, maka lebih berbahayalah sesuatu proses itu. Nilai PRHI dikira berdasarkan pelepasan bahan kimia serta kuantiti bahan kimia yang dihidu oleh pekerja. Indeks yang telah dibangunkan dalam projek ini diaplikasikan ke atas enam proses kimia alternatif yang wujud bagi menghasilkan metil metakrilat (MMA). Keputusan bagi pengiraan PRHI ini kemudiannya dibandingkan dengan Inherent Safety Index (ISI), Environmental Hazard Index serta kos penghasilan produk bagi kesemua enam proses alternatif. Kata kunci: ISHE, teknik penilaian keselamatan loji Proper selection of chemical process route is one of the main design decisions during the preliminary stages of chemical plant design. Previously, the most important factor for selecting the best chemical process route was only the economics. But now, safety, environmental and health issues have become important factors to be considered. Health risks on workers could also be reduced by proper selection of chemical process route. However, the health hazards needed to be quantified in order to choose the ‘healthiest’ route. Process Route Healthiness Index (PRHI) has been developed to foresee the potential health hazards from chemical processes. PRHIP ranks process routes in terms of their occupational healthiness. The higher the index, the higher is the hazard. PRHI is influenced by the health impact due to chemical releases and the concentration of airborne chemicals inhaled by workers. In this article, PRHI has been applied on six alternative routes for Methyl Methacrylate (MMA). The results of the ranking was compared to the Inherent Safety Index, Environmental Hazard Index and production costs for the six alternative chemical process routes. Key words: Occupational health hazard, assessment method, ISHE, ranking indexDownloads
Published
2012-01-20
Issue
Section
Science and Engineering
License
Copyright of articles that appear in Jurnal Teknologi belongs exclusively to Penerbit Universiti Teknologi Malaysia (Penerbit UTM Press). This copyright covers the rights to reproduce the article, including reprints, electronic reproductions, or any other reproductions of similar nature.
How to Cite
Assessing Inherent Health Hazard for Proposed Plants. (2012). Jurnal Teknologi (Sciences & Engineering), 39(1), 53–65. https://doi.org/10.11113/jt.v39.471