Experimenting a Computer-Based Essay Marking System at Universiti Kebangsaan Malaysia

Authors

  • Saadiyah Darus
  • Siti Hamim Stapa
  • Supyan Hussin

DOI:

https://doi.org/10.11113/jt.v39.472

Abstract

Di antara sistem pemarkahan esei berkomputer sedia ada adalah e–rater, Project Essay Grader, Intelligent Essay Assessor, Student Essay Viewer, Intelligent Essay Marking System, Marking dan Methodical Assessment of Reports by Computer. Sistem pemarkahan esei berkomputer adalah perisian yang dapat memberi maklum balas kepada penulis bagaimana untuk meningkatkan mutu penulisan. Kajian ini meneliti samada maklum balas yang diberikan oleh salah satu sistem pemarkahan esei ini berguna kepada 46 orang pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia. Esei pelajar–pelajar ini telah diberi markah di atas talian. Pelajar–pelajar ini dikehendaki untuk mengarang esei dalam Bahasa Inggeris berdasarkan satu topik yang telah diberikan. Selepas itu, mereka dikehendaki untuk memperbaiki esei mereka dengan mengambilkira maklum balas yang diberikan oleh sistem pemarkahan esei berkomputer tersebut dan juga menjawab soal–selidik. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa walaupun pelajar–pelajar telah memperbaiki esei mereka dengan mengambilkira maklum balas yang telah diberikan, masih ada ruang untuk mereka memperbaiki esei mereka itu. Ini menunjukkan bahawa maklum balas yang diberikan tidak mencukupi untuk meningkatkan lagi mutu penulisan mereka. Hasil dapatan penyelidikan ini dapat diguna pakai dalam membangunkan satu kerangka sistem pemarkahan esei berkomputer untuk penulisan dalam Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua bagi pelajar–pelajar di institusi pengajian tinggi di Malaysia. Kata kunci: Penilaian esei, bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua, pembelajaran bahasa dibantu komputer Some of the available Computer–Based Essay Marking (CBEM) systems are as follows: e–rater, Project Essay Grader, Intelligent Essay Assessor, Student Essay Viewer, Intelligent Essay Marking System, Marking and Methodical Assessment of Reports by Computer. These systems are computer programs that mark essays and can provide feedback to the writer explaining to a certain extent on how a text can be improved. This study investigates whether feedback given by one of these CBEM systems is useful to fourty–six Universiti Kebangsaan Malaysia students whose essays were assessed online. Students, in a writing course, were required to compose an essay on a specified topic in English. Then, they were required to revise their essays by taking into account feedback given by the CBEM system as well as filling out a questionnaire. The results of the study suggest that although students faithfully revise their essays by taking into consideration feedback given by the CBEM system, there is room for improvement indicating that feedback given by the CBEM system is not sufficient. The results of this particular study will contribute to efforts in developing a framework of a CBEM system for writing in English as a second language at tertiary level of education in Malaysia. Key words: Writing assessment, english as a second language, computer assisted language learning

Downloads

Published

2012-01-20

Issue

Section

Social Sciences

How to Cite

Experimenting a Computer-Based Essay Marking System at Universiti Kebangsaan Malaysia. (2012). Jurnal Teknologi, 39(1), 1–18. https://doi.org/10.11113/jt.v39.472