Ketamadunan Melayu dan Sains: Satu Analisis Awal Ke atas Pencapaian Masyarakat Melayu dalam Bidang Sains

Authors

  • Mohd Koharuddin Mohd Balwi

DOI:

https://doi.org/10.11113/jt.v39.475

Abstract

Kertas ini merupakan satu usaha untuk meneroka dan mendedahkan pencapaian masyarakat Melayu dalam bidang sains sebelum masyarakat Melayu mengenal ilmu sains moden daripada Barat. Terdapat tiga pencapaian sains yang diteliti iaitu pencapaian sains dalam bidang perubatan, matematik dan kimia (peleburan logam). Perkembangan ketiga–tiga bidang ini banyak dipengaruhi oleh kepentingannya dalam kehidupan seharian masyarakat Melayu. Perkembangan ilmu sains Melayu juga berlaku terutama apabila mereka memeluk agama Islam pada abad ke 7 Masihi. Bermula dari detik itu sebahagian tradisi keilmuan Melayu mengongsi tradisi keilmuan dari umat Islam lain. Ilmu–ilmu ini kemudiannya diubahsuai dan diperbaiki oleh para cerdik pandai tempatan untuk digunakan dalam kehidupan masyarakat Melayu. Terdapat juga cerdik pandai tempatan ini yang menghasilkan ilmu–ilmu sains baru bagi menyelesaikan permasalahan seharian masyarakat dari masa ke semasa. Kata kunci: Tamadun, Melayu, sains, pengubatan, matematik, kimia This paper want to explores and reveals the achievement of Malay Society in science, expecially before western modern science was introduced in Malay civilization. Three Malay achieve–ments in sciences; medicine, mathematics and chemistry were studied. The progress of Malay science was determined not only by its importance in the daily lives of the people but also by Islamic civilization after the Malays embraced Islam in the seventh century. Science knowledge had been absorbed and adapted by the local geniuses. They also produced new knowlege and practices to overcome various problems which they faced from time to time. Key words: Civilisation, Malay, science, medicine, mathematics, chemistry

Downloads

Published

2012-01-20

Issue

Section

Social Sciences

How to Cite

Ketamadunan Melayu dan Sains: Satu Analisis Awal Ke atas Pencapaian Masyarakat Melayu dalam Bidang Sains. (2012). Jurnal Teknologi (Sciences & Engineering), 39(1), 47–60. https://doi.org/10.11113/jt.v39.475