Tahap Penghayatan Nilai-Nilai Murni di Kalangan Pelajar-Pelajar Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Semasa Menjalankan Kerja Amali Bengkel
DOI:
https://doi.org/10.11113/jt.v39.476Abstract
Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk meninjau tahap penghayatan nilai–nilai murni para pelajar Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) di Universiti Teknologi Malaysia semasa menjalani kerja amali di bengkel. Kajian ini melibatkan sejumlah 92 sampel kajian yang terdiri daripada pelajar–pelajar tahun satu dan tahun tiga Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) 1997/1998. Maklumat kajian diperolehi melalui soal selidik yang diedarkan kepada semua sampel yang terlibat. Hasil kajian mendapati para pelajar tersebut mempunyai tahap penghayatan yang tinggi dan bersikap positif. Bagaimanapun, beberapa aspek nilai–nilai murni didapati mendapat peratus penghayatan yang rendah dan perlu diberi perhatian semasa proses pembelajaran dijalankan. Beberapa cadangan telah dikemukakan bagi memantapkan lagi amalan penghayatan nilai-nilai murni yang telah dilaksanakan.Downloads
Published
2012-01-20
Issue
Section
Social Sciences
License
Copyright of articles that appear in Jurnal Teknologi belongs exclusively to Penerbit Universiti Teknologi Malaysia (Penerbit UTM Press). This copyright covers the rights to reproduce the article, including reprints, electronic reproductions, or any other reproductions of similar nature.
How to Cite
Tahap Penghayatan Nilai-Nilai Murni di Kalangan Pelajar-Pelajar Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Semasa Menjalankan Kerja Amali Bengkel. (2012). Jurnal Teknologi (Sciences & Engineering), 39(1), 61–74. https://doi.org/10.11113/jt.v39.476