Kepuasan Pengguna Selepas Pengiktirafan ISO 9001: Kajian Kes Sebuah Fakulti di Universti Teknologi Malaysia

Authors

  • Rohaizat Baharun

DOI:

https://doi.org/10.11113/jt.v38.512

Abstract

Kepuasan pengguna merupakan isu yang paling kerap dibincangkan dalam semua organisasi sama ada sektor awam mahupun swasta. Para pelajar intitusi pengajian tinggi merupakan pengguna dalaman kepada servis dan produk yang ditawarkan kepada mereka; lebih-lebih lagi kepada institut yang telah diiktiraf dan mendapat persijilan ISO 9000. Dengan menggunakan pengubahsuaian pengukuran SERVPERF dan SERVQUAL dalam kajian literatur, satu kajian telah dibuat untuk mengukur tahap dan pengaruh kepuasan pengguna kepada Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Hasil dari kajian menunjukkan bahawa kepuasan pengguna bertambah apabila mereka melihat perubahaan yang signifikan dari segi penawaran servis dan produk yang dilakukan selepas fakulti mendapat sijil ISO 9000. Kata kunci: ISO 9000; Kualiti; Kepuasan Pengguna; Institut Pengajian Tinggi; Pemasaran Servis Customer satisfaction is perhaps one of the most talked about challenges of organizations, both in private and public sectors. In tertiary institutions, students can be categorized as customers they use the services and products provided, especially the institutes which have been awarded the ISO 9000 certification. By using the modified SERVPERF and SERVQUAL instrument as suggested in the literature review, a survey was conducted to measure the level and to explain customer satisfaction at the Faculty of Management and Human Resource Development, University Technology Malaysia, Skudai, Johor. The findings show that customer satisfaction increases significantly in relation to the output/outcomes from the implementation of quality service and product after the faculty was awarded the ISO 9000 certificate. Key words: ISO 9000; Quality; Customer satisfaction; Institutions of Higher Learning; Service marketing

Downloads

Published

2012-01-20

Issue

Section

Social Sciences

How to Cite

Kepuasan Pengguna Selepas Pengiktirafan ISO 9001: Kajian Kes Sebuah Fakulti di Universti Teknologi Malaysia. (2012). Jurnal Teknologi (Sciences & Engineering), 38(1), 15–26. https://doi.org/10.11113/jt.v38.512