Simbolisme Sains Dalam Wahyu Keserasian Antara Ayat Maqru´ah dengan Ayat Manzurah

Authors

  • Ramli Awang

DOI:

https://doi.org/10.11113/jt.v38.513

Abstract

Makro kosmos atau alam semesta merupakan Kitab Allah [wahyu Allah] yang bersifat kawni. Dalam lain perkataan ia dikenali sebagai ayat-ayat al-kawniyah [ayatullah al-kawniyyah]. Mikro kosmos pula ialah ayat-ayat Allah yang bersifat qur’ani [yang dibaca] dan ia merupakan pasangan kepada makro kosmos. Ayat-ayat yang bersifat qur’ani adalah sebagai panduan untuk manusia meneroka ayat-ayat al-kawniyyah. Kedua-dua ayat ini sama sekali tiada pertentangan bahkan saling membenarkan dan berkaitan. Ayat-ayat quran ditafsirkan oleh ayat quran yang lain, begitu juga dengan ayat al-kawni, ia juga saling ditafsirkan oleh ayat kawni yang lain. Selain daripada itu ayat kawni juga menjadi pentafsir kepada ayat qur’ani. Tegasnya kedua-dua ayat Allah tersebut saling mentafsirkan antara sesamanya. Kedua-duanya ada sifat simbolis yang unik lagi tersendiri; masing-masing saling memperkukuhkan antara sesamanya dalam ruang dan peranan yang berbeza. Kertas ini bertujuan mendedahkan keserasian ciptaan Allah yang terdapat pada ayat-ayatNya dalam rangla memperlihatkan sifat keesaan dan keagunganNya supaya hamba-hambaNya benar-benar mengabdikan diri kepadaNya; serta meninjau khitab Quran yang ditujukan kepada mereka yang berakal untuk memahami kaitan ayat manzurah dan maqru’ah secara simbolis.

Downloads

Published

2012-01-20

Issue

Section

Social Sciences

How to Cite

Simbolisme Sains Dalam Wahyu Keserasian Antara Ayat Maqru´ah dengan Ayat Manzurah. (2012). Jurnal Teknologi, 38(1), 27–48. https://doi.org/10.11113/jt.v38.513