Amalan Etika Profesion Perguruan Di Kalangan Guru–guru Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu, Kulai, Johor. Satu Tinjauan

Authors

  • Yahya Buntat
  • Zainuddin Masrom

DOI:

https://doi.org/10.11113/jt.v38.515

Abstract

Kajian berbentuk tinjauan ini dilakukan untuk melihat amalan etika profesion perguruan di kalangan 48 orang responden guru–guru Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu, Kulai, Johor. Aspek–aspek etika profesion perguruan yang dilihat dalam kajian ini adalah perkara–perkara yang berkaitan dengan tanggungjawab guru terhadap pelajar, tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, tanggungjawab guru terhadap rakan sejawat dan profesion dan tanggungjawab guru terhadap ibu bapa. Maklumat kajian diperolehi melalui soal selidik yang diedarkan kepada responden dan dianalisis dalam bentuk kekerapan dan peratusan. Hasil kajian mendapati guru–guru sekolah ini keseluruhannya telah mengamalkan etika profesion perguruan dalam aspek yang dikaji. Berdasarkan dapatan kajian ini beberapa cadangan dikemukakan untuk meningkatkan lagi tahap amalan etika profesion perguruan di kalangan guru–guru secara amnya. Kata kunci: etika profesion perguruan; martabat profesion

Downloads

Published

2012-01-20

Issue

Section

Social Sciences

How to Cite

Amalan Etika Profesion Perguruan Di Kalangan Guru–guru Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu, Kulai, Johor. Satu Tinjauan. (2012). Jurnal Teknologi (Sciences & Engineering), 38(1), 65–74. https://doi.org/10.11113/jt.v38.515