Ketepatan Kaedah Pengekosan Berasaskan Aktiviti (ABC) Berbanding Kaedah Pengekosan Tradisional dalam Pengekosan Produk: Pemangkin Kepada Program 6–Sigma

Authors

  • Muhammad Adli Harun
  • Jafri Mohd Rohani
  • Wan Harun Wan Hamid

DOI:

https://doi.org/10.11113/jt.v37.519

Abstract

Para pengurus mungkin tidak menyedari bahawa teknik pengekosan yang digunakan untuk menyediakan laporan kewangan yang mematuhi peraturan percukaian adalah tidak sesuai digunakan bagi tujuan membuat keputusan strategik berkaitan harga jualan, kawalan dan program pengurangan kos. Kertas kerja ini bertujuan menerangkan dan membincangkan kepada pihak pengurusan kesan penggunaan teknik pengekosan tradisional dan seterusnya mencadangkan kaedah pengekosan alternatif iaitu pengekosan berasaskan aktiviti (ABC). Teknik ini menyediakan maklumat yang lebih tepat untuk membuat keputusan. Kajian kes dan analisis telah dilakukan bagi membuktikan bahawa teknik pengekosan tradisional yang diamalkan oleh kebanyakan syarikat menghasilkan keputusan yang kurang tepat berbanding dengan pengekosan ABC. Metodologi pengekosan ABC juga dilihat dapat diintegrasikan dengan metodologi 6–Sigma untuk peningkatan kualiti produk atau proses. Kata kunci: Pengekosan Berasaskan Aktiviti (ABC); Kaedah Pengekosan Tradisional; 6-Sigma Managers may not realise that the accounting method that they have been using for stock valuation in financial reporting provides them with inaccurate and sometimes irrelavent information for the purpose of making strategic decisions with regard to pricing, cost control and cost management. The purpose of this paper is to explain and discuss the impact on managers who used information generated from the tradisional costing method in decision making and then suggest an alternative method i.e. activity-based costing (ABC) which provides more accurate and realiable information for decision making. A case study was conducted and an analysis was performed to show that information from the traditional costing method is inaccurate. The methodology of ABC could be integrated into Six Sigma program to become a very powerful tool for driving continuous process and product quality improvement. Key words: Activity-based Costing (ABC); Traditional Costing Method; Six Sigma

Downloads

Published

2012-01-20

Issue

Section

Science and Engineering

How to Cite

Ketepatan Kaedah Pengekosan Berasaskan Aktiviti (ABC) Berbanding Kaedah Pengekosan Tradisional dalam Pengekosan Produk: Pemangkin Kepada Program 6–Sigma. (2012). Jurnal Teknologi (Sciences & Engineering), 37(1), 23–36. https://doi.org/10.11113/jt.v37.519