Formalisma Hubungan Logikal Dan Visualisasi Hubungan Perawi Hadith
DOI:
https://doi.org/10.11113/jt.v56.55Abstract
Pengajian dalam Sains Hadith melibatkan banyak rujukan terhadap kitab-kitab lama yang ditulis oleh ulama tersohor zaman lampau. Elemen utama dalam pengajian tersebut adalah semakan terhadap kesahihan hadith. Walaupun era teknologi maklumat mempunyai kecanggihannya tersendiri, namun kewibawaan ulama lampau dalam merekodkan maklumat penting serta metodologi semakan kewibawaan hadith masih tidak dapat ditandingi. Oleh itu, kajian ini membincangkan bagaimana maklumat dalam kitab-kitab lampau berkait dengan pengajian Sains Hadith, dapat dipindahkan ke dalam pangkalan data, dan seterusnya dipaparkan secara visual. Untuk sokongan analisis hadith, peraturan formal yang mencerminkan logik rantaian perawi, diikuti dengan ilustrasi pergerakan hadith dengan memvisualkan hubungan antara perawi bagi hadith tersebut dibincangkan. Hubungan paling ringkas iaitu menggunakan daripada X kepada Y adalah asas kepada ilustrasi ini. Manakala hanya maklumat nama perawi yang dipertimbangkan pada masa ini. Seterusnya, satu prototaip Alat Pemvisual Perawi Hadith (APPH) yang berfungsi untuk memaparkan secara visual hubungan ini telah dibangunkan. Kata kunci: Tertib perkaitan; Ilustrasi perawi hadith; visualisasi This paper discusses about formal principle that represents the chain of hadith narrators, followed by an illustration of hadith movement by visualizing the relationship among the narrators of the hadith. This illustration is based on the simplest form of relationship that is from X to Y. At a moment, only the narrators name is considered in this initial study. A Hadith Narrators Visualization Tool is developed as a prototype of this work. Key words: Relationship rule; hadith narrators illustration; visualizationDownloads
Published
2011-12-13
Issue
Section
Science and Engineering
License
Copyright of articles that appear in Jurnal Teknologi belongs exclusively to Penerbit Universiti Teknologi Malaysia (Penerbit UTM Press). This copyright covers the rights to reproduce the article, including reprints, electronic reproductions, or any other reproductions of similar nature.
How to Cite
Formalisma Hubungan Logikal Dan Visualisasi Hubungan Perawi Hadith. (2011). Jurnal Teknologi (Sciences & Engineering), 56(1), 83-99. https://doi.org/10.11113/jt.v56.55