Anggaran Parameter Dinamik Penjana Menggunakan Teknik Pengoptimuman Kecerunan

Authors

  • Samila Mat Zali
  • Azah Mohamed
  • Aini Hussain
  • Aznan Ezraie Ariffin

DOI:

https://doi.org/10.11113/jt.v36.572

Abstract

Kertas kerja ini membentangkan kaedah anggaran parameter dinamik bagi penjana dengan menggunakan teknik pengoptimuman kecerunan. Perancangan dan pengoperasian sistem kuasa lazimnya berpandukan keputusan simulasi sistem kuasa yang bergantung kepada kejituan parameter model bagi penjana, penguja dan juga penguasa. Oleh itu, nilai parameter yang tepat dan jitu perlu digunakan dalam kajian simulasi supaya keputusan simulasi adalah mirip sistem sebenar dan perancangan sistem kuasa yang cekap dan ekonomik dapat dilaksanakan. Walau bagaimanapun, dari masa ke semasa nilai parameter model akan berubah dari spesifikasi nilai awalnya disebabkan berlaku perubahan pada keadaan penjana tersebut. Untuk menangani masalah ketidakjituan model penjana, satu teknik anggaran parameter dinamik yang sistematik telah dibangunkan dan diuji ke atas satu sistem ujian. Keputusan nilai anggaran yang memuaskan telah diperolehi dengan purata ralat parameter anggaran kurang daripada 6%. Kata kunci: Anggaran parameter; model penjana sinkroni; teknik pengoptimuman This paper presents a new method for estimating the generator dynamic parameters using the gradient optimisation technique. Power system planning and operation studies normally rely on the power system simulation results which greatly depend on the accuracy of the model parameters. Therefore, accurate and exact parameter values are required in power system simulation studies so that correct simulations of actual power system behaviour can be obtained and efficient as well as economical power system planning can be implemented. However, model parameters currently used may have changed from its initial values with time due to equipment changes and this results in inaccurate model parameters. To overcome the problem of inaccurate generator model parameters, a systematic approach for estimating the generator parameters have been developed and tested on a test system. Satisfactory results of the estimated values were obtained with an average error of the estimated parameters of less than 6%. Key words: Parameter estimation; synchronous generator model; optimization technique

Downloads

Published

2012-01-20

Issue

Section

Science and Engineering

How to Cite

Anggaran Parameter Dinamik Penjana Menggunakan Teknik Pengoptimuman Kecerunan. (2012). Jurnal Teknologi (Sciences & Engineering), 36(1), 23–34. https://doi.org/10.11113/jt.v36.572