Pemodelan Pembangunan Guna Tanah Komersial Menerusi Aplikasi Sistem Maklumat Geografi (GIS) Kes Kajian: Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang

Authors

  • Mohd Faris Dziauddin
  • Ruslan Rainis

DOI:

https://doi.org/10.11113/jt.v35.597

Abstract

Artikel ini menerangkan pembangunan model ruangan bagi pembangunan guna tanah komersil. Model yang dibangunkan ini bertujuan mendiskriminasikan kawasan yang membangun sebagai kawasan komersil, pembangunan–pembangunan lain dan kawasan yang tidak membangun. Teknik statistik yang dipanggil Analisis Diskriminan digunakan bagi tujuan pembangunan model. Terdapat sebelas pembolehubah ruangan dimasukkan ke dalam model termasuklah kehampiran ke kawasan komersil, kehampiran ke kawasan perumahan, kehampiran ke kawasan industri, kehampiran ke bandar, kehampiran ke jalan raya, nisbah jiran yang membangun, peratus jiran yang membangun sebagai kawasan komersil, peratus jiran yang membangun sebagai kawasan perumahan, peratus jiran yang membangun sebagai kawasan industri dan kehampiran ke kawasan pertanian. Bagi tujuan kajian, dua set data dibangunkan iaitu bagi tempoh tahun 1992–1994 dan 1995–1998. Sistem Maklumat Geografi digunakan bagi menjana semua pembolehubah–pembolehubah ruangan. Pembangunan model adalah berdasarkan kepada data perubahan guna tanah bagi tempoh tahun 1992–1994 manakala pengujian model berdasarkan kepada data bagi tempoh tahun 1995–1998. Ketepatan yang diperoleh daripada model asal ialah 74.9%. Daripada pengujian yang dilakukan, didapati model ini telah berjaya meramal perubahan guna tanah dari tabun 1995–1998 dengan ketepatan 98.6%. Kata kunci: Pemodelan guna tanah guna tanah komersil; sistem maklumat geografi (GIS); analisis diskriminan The article describes the development of a spatial model for commercial land use development. A statistical model called the Discriminant Analysis was used to discriminate between areas developed for commercial purpose, urban developments and undeveloped areas. Eleven spatial variables related to proximily and neighbourhood development were considered in the model. For this particular study data were developed for the period of 1992-1994 and 1995–1998, using the Geographic Information System to generate the spatial variables. The development of model based on changes of land used for 1992–1994 was verified against the data obtained for 1995–1998. The model yields a highly accurate prediction of the variation in the commercial land use development. Key word: Land use modeling; commercial land use; geographic information system (GIS); discriminant analysis

Downloads

Published

2012-01-20

Issue

Section

Science and Engineering

How to Cite

Pemodelan Pembangunan Guna Tanah Komersial Menerusi Aplikasi Sistem Maklumat Geografi (GIS) Kes Kajian: Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang. (2012). Jurnal Teknologi, 35(1), 23–40. https://doi.org/10.11113/jt.v35.597