Degradasi Larutan Pewarna Azo Tekstil Menggunakan Sistem Heterogenan O3, O3/UL, O3/TiO2/UL dan O3/H2O2/UL

Authors

  • Razak Ali
  • Wan Azelee Wan Abu Bakar
  • Azmi Aris
  • Pak Yan Mok

DOI:

https://doi.org/10.11113/jt.v35.602

Abstract

Rawatan larutan pewarna azo tekstil, Sumifix Supra Blue BRF 150% Gran (SSBBRF) melibatkan sistem yang berbeza, O3, O3/UL, 03/TiO2/UL dan O3/H2O2/UL telah dikaji. Keputusan yang diperoleh menunjukkan bahawa degradasi larutan SSBBRF melalui sistem pengoksidaan berasaskan ozon adalah lebih efektif berbanding dengan sistem pemangkinanfoto. Darjah degradasi keserapan dan warna yang tinggi serta degradasi COD dan TOC yang ketara, menunjukkan bahawa sistem pengoksidaan yang berasaskan ozon berupaya memecahkan pewarna azo dalam air tercemar kepada spesies yang lebih terbiorawat. Keputusan yang diperoleh juga menunjukkan bahawa sistem pengozonan (O3 sahaja dalam keadaan gelap), dan sistem gandingan pengozonanfoto–pemangkinanfoto (03/TiO2/UL) tidak menunjukkan perbezaan kadar degradasi pewarna azo yang ketara berbanding sistem pengozonanfoto (O3/UL) tetapi penambahan hidrogen peroksida (H2O2) ke dalam sistem 03/UL mampu meningkatkan lagi kadar degradasi pewarna azo. Perbandingan keupayaan sistem yang dikaji bagi degradasi pewarna SSBBRF adalah mengikut urutan: 03/H202/UL > O3/UL > O3/TiO2/UL > O3 > TiO2/UL. Proses pendegradasian pewarna SSBBRF mematuhi kinetik tindak balas tertib pertama pseudo dengan nilai pemalar kadar, k, dari julat 0.20 min–1 hingga 0.24 min–1 untuk 20 minit yang pertama. Kata kunci: Pewarna azo; pengozonanfoto; pemangkinanfoto; hidrogen peroksida Treatment of aqueous textile azo dye, Sumifix Supra Blue BRF 150% Gran (SSBBRF) by different kinds of systems, 03, O3/UV, 03/TiO2/UV and O3/H2O2/UV has been investigated. The results obtained showed that the degradation of SSBBRF solution involving ozone–assisted oxidation system is more superior compared to photocatalytic system. The high degradation degree of Absorbance and colour as well as the significant degradation of COD and TOC indicated that the ozone–assisited system is capable of disrupting the azo dye in the wastewater to more biotreatable species. The results obtained, also showed that ozonation (O3 alone in dark) system and simultaneous photoozonation–photocatalytic (03/TiO2/UV) system do not give significant effect to the degradation rate of azo dye in comparison with photoozonation (O3/UV) system, but addition of hydrogen peroxide (H202) in the O3/UV system may enhance the degradation rate of the azo dye. The degradation potential of these different systems studied towards SSBBRF are in the following the order: O3/H2O2/UV > O3/UV > 03/TiO2/UV > O3 > TiO2/UV. The degradation process of SSBBRF is following the kinetic of pseudo–first order reaction with the rate constants, k, ranging from 0.20 min–1 up to 0.24 min–1 for the first 20 minutes of the reactions. Key words: Azo dye; photoozonation; photocatalysis; hydrogen peroxide

Downloads

Published

2012-01-20

Issue

Section

Science and Engineering

How to Cite

Degradasi Larutan Pewarna Azo Tekstil Menggunakan Sistem Heterogenan O3, O3/UL, O3/TiO2/UL dan O3/H2O2/UL. (2012). Jurnal Teknologi (Sciences & Engineering), 35(1), 45–60. https://doi.org/10.11113/jt.v35.602