Real-Time Velocity Profile Generation of Powder Conveying Using Electrodynamic Transducer
DOI:
https://doi.org/10.11113/jt.v35.608Abstract
Kaedah pengukuran tomografi ini bertujuan mengkaji pengukuran profil halaju pengaliran dalam paip secara talian terus ataupun masa sebenar bagi pengaliran yang menegak dan melintang. Secara umumnya, pengukuran yang dibuat adalah berdasarkan cas elektrostatik yang dijana oleh hasil pergerakan serbuk pepejal kering di dalam paip. Pengumpulan cas–cas ini akan dikesan oleh dua rangkaian penderia elektrodinamik. Konsep asas yang digunakan oleh penderia–penderia ini adalah penukaran keamatan cas yang dihasilkan kepada magnitud voltan yang setara. Penderia–penderia ini akan ditempatkan di luar ukur lilit permukaan paip dan jarak antara dua rangkaian penderia ini telah ditetapkan. Isyarat–isyarat voltan yang dihasilkan oleh penderia akan disampel, dimanipulasi dan dipaparkan pada skrin komputer dengan program aplikasi yang dibangunkan melalui pengaturcaraan menggunakan Microsoft Visual Basic 6.0. Keupayaan utama aplikasi ini adalah kebolehannya mengintegrasikan sistem pengukuran ini dalam masa sebenar yang sebelum ini tidak dapat dilakukan. Kata kunci: Tomografi; elektrodinamik; masa sebenar; profil halaju; antara muka This methodology explores the probability in determining the real–time velocity profiles of a vertical and horizontal flow. Generally, the measurement is based on the electrostatic charges produced by dry solid powder during their movement in the flow rig and accumulated at the sensors’ electrode. Two arrays of dedicated electrodynamic sensors are used as static–to–electrical signal converter and they are located at the pipe wall. The sensors generated electrical signal corresponding to the amount of flow it detects and this is based on the fact that the amount of flow contributes to the level of the static charges accumulated at the sensors. The collected data is retrieved and manipulated by an application program, which is developed using Microsoft Visual Basic 6.0. The application features the ability to obtain velocity in real–time mode, which is previously unrealisable. Key words: Tomography; electrodynamic; real-time; velocity profile; interfacingDownloads
Published
2012-01-20
Issue
Section
Science and Engineering
License
Copyright of articles that appear in Jurnal Teknologi belongs exclusively to Penerbit Universiti Teknologi Malaysia (Penerbit UTM Press). This copyright covers the rights to reproduce the article, including reprints, electronic reproductions, or any other reproductions of similar nature.
How to Cite
Real-Time Velocity Profile Generation of Powder Conveying Using Electrodynamic Transducer. (2012). Jurnal Teknologi (Sciences & Engineering), 35(1), 27–38. https://doi.org/10.11113/jt.v35.608