Halangan Kepada Keberkesanan Pelaksanaan Rantaian Bekalan Di Syarikat Pembuatan Perindustrian Kecil Dan Sederhana

Authors

  • Mohd Nizam Ab Rahman
  • Harlina Wasilan
  • Baba Md Deros
  • Nizaroyani Saibani

DOI:

https://doi.org/10.11113/jt.v56.61

Abstract

Walaupun konsep pengurusan rantaian bekalan (PRP) telah diterima oleh industri, namun terdapat beberapa halangan yang dikenal pasti dalam mengaplikasikannya. Tujuan kertas ini adalah untuk mengenal pasti halangan dan permasalahan yang dihadapi oleh industri pembuatan terutamanya di kalangan PKS dalam melaksanakan PRP. Kajian ini dijalankan melalui kaedah pengedaran soal selidik kepada 305 sampel kajian yang terdiri dari syarikat pembuatan perindustrian kecil dan sederhana (PKS). Hasil kajian menyenaraikan halangan yang wujud dalam pelaksanaan PRP di industri seperti; kurangnya tenaga kerja; jurang komunikasi; kurang pengetahuan mengenai PRP; kurang kepercayaan; dan kurangnya sokongan daripada pihak atasan. Penulisan kajian ini adalah membincangkan kajian-kajian terdahulu yang meluas mengenai isu-isu yang berkaitan PRP. Kajian ini turut mencadangkan penambahbaikan dalam PRP yang mungkin dapat dijadikan rujukan oleh penyelidik akan datang. Kata kunci: Pengurusan rantaian bekalan; perusahaan kecil dan sederhana; halangan pengurusan rantaian bekalan; kepentingan rantaian bekalan; amalan rantaian bekalan Eventhough supply chain management (SCM) concept has been accepted by the industry, there are several barriers with were identified during its application. The purpose of this research is to identify the obstacles and problems faced by manufacturing industry especially among small medium enterprices (SMEs) in implementing SCM. The results identified obstacles in SCM implementation in industry which consists of; lack of workforce; lack of communication; lack of knowledge; lack of trust; and lack of support from the upper management. Extensive discussion based on previous studies/researches related to SCM was done in this research. Key words: Supply chain management; small medium-sized enterprises; obstacle to supply chain management; importants of supply chain; supply chain practice

Downloads

Published

2011-12-13

Issue

Section

Social Sciences

How to Cite

Halangan Kepada Keberkesanan Pelaksanaan Rantaian Bekalan Di Syarikat Pembuatan Perindustrian Kecil Dan Sederhana. (2011). Jurnal Teknologi (Sciences & Engineering), 56(1), 81-98. https://doi.org/10.11113/jt.v56.61