Penyelesaian Masalah Penjadualan Dinamik dengan Menggunakan Pendekatan Taakulan Berasaskan Kes

Authors

  • Zalmiyah Zakaria
  • Safaai Deris

DOI:

https://doi.org/10.11113/jt.v35.614

Abstract

Masalah penjadualan waktu universiti telah menjadi satu masalah yang membebankan pihak pengurusan akhir–akhir ini. Persekitaran aktiviti akademik yang sentiasa berubah menyebabkan berlakunya perubahan kepada jadual semasa. Kebanyakan sistem penjadualan yang sedia ada tidak dapat menyelesaikan masalah ini. Oleh yang demikian, taakulan berasaskan kes (CBR) telah dipilih untuk bertindakbalas terhadap sebarang perubahan di dalam sistem penjadualan untuk memastikan penyelesaiannya sentiasa selari dengan perkembangan persekitaran yang dinamik. Kata kunci: Taakulan berasaskan kes; taakulan berasaskan kekangan; masalah pemuasan kekangan; penjadualan reaktif; penjadualan universiti

Downloads

Published

2012-01-20

Issue

Section

Science and Engineering

How to Cite

Penyelesaian Masalah Penjadualan Dinamik dengan Menggunakan Pendekatan Taakulan Berasaskan Kes. (2012). Jurnal Teknologi, 35(1), 115–132. https://doi.org/10.11113/jt.v35.614