Aplikasi Konsep dan Kaedah Lukisan Kejuruteraan dalam Matematik oleh Guru-guru Matematik di Sekolah Menengah Teknik Seluruh Negeri Kelantan

Authors

  • Widad Othman
  • Hatta Ismail

DOI:

https://doi.org/10.11113/jt.v35.620

Abstract

Penyelidikan ini adalah untuk mengkaji tahap pengetahuan dan aplikasi Lukisan Kejuruteraan dalam mata pelajaran matematik oleh guru–guru matematik di semua Sekolah Menengah Teknik di negeri Kelantan. Semua guru matematik telah digunakan sebagai sampel dalam kajian ini. Set soal selidik yang mengandungi dua bahagian iaitu berbentuk kuantitatif dan kualitatif digunakan bagi mendapatkan keputusan yang lebih menyeluruh. Data dianalisis secara manual dan dikemukakan dalam bentak peratus. Hasil kajian menunjukkan guru tidak mempunyai pengetahuan tentang integrasi dua mata pelajaran tersebut, tahap aplikasi guru yang mempunyai pengalaman mengajar Lukisan Kejuruteraan adalah baik dan biodata guru seperti pengalaman mengajar dan kelulusan akademik tidak mempengaruhi pengetahuan dan aplikasi guru. Beberapa cadangan dikemukakan untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan yang dikenalpasti, antaranya guru–guru perlu diberi pendedahan tentang konsep dan kaedah mengajar Lukisan Kejuruteraan. Di samping itu penyelarasan skema jawapan soalan matematik yang mempunyai kaitan secara langsung dengan Lukisan Kejuruteraan perlu dilakukan. Kata kunci: Aplikasi pengetahuan; konsep; kaedah mengajar; mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan dan matematik The purpose of this research is to identify mathematics teachers level of knowledge in Engineering Drawing, and the application of Engineering Drawing concepts and methodologies in solving related mathematics problems in secondary technical schools in Kelantan. All mathematics teachers were selected as samples. To obtain a more comprehensive result, both quantitative and qualihtive data were collected using questionaires. The collected data were analyzed manually and presented in percentages. The results showed that the Mathematics teachers involved in this study have no knowledge integrating both subjects; mathematics and Engineering Drawing. However, the application level of teachers who have experience in teaching Engineering Drawing are better and the results showed that academic backkground and years of teaching have no effect on the respondents knowledge and application level. To improve the current situation, it is suggested that Mathematics teachers be exposed to the concepts and methodologies of Engineering Drawing. In addition an answer scheme for Mathematics questions which have applications in Engineering Drawing subject need to be coordinated. Key words: Application of knowledge; concepts;teaching methods; engineerisng drawing subject and mathematics

Downloads

Published

2012-01-20

Issue

Section

Social Sciences

How to Cite

Aplikasi Konsep dan Kaedah Lukisan Kejuruteraan dalam Matematik oleh Guru-guru Matematik di Sekolah Menengah Teknik Seluruh Negeri Kelantan. (2012). Jurnal Teknologi, 35(1), 1–10. https://doi.org/10.11113/jt.v35.620