Teacher Educators´ Attitudes Toward Computers: A Study Among Teacher Educators in Teacher´ – Training Colleges in Johor, Malaysia

Authors

  • Abang Ahmad Ridzuan
  • Kian Sam Hong
  • Aliza Ahmad

DOI:

https://doi.org/10.11113/jt.v35.622

Abstract

Guru memikul tanggungjawab yang berat dalam memastikan pelajar mengalami suasana pembelajaran yang memerangsangkan. Teknologi maklumat dan komunikasi, khususnya komputer, merupakan alat yang strategik memperkayakan suasana pembelajaran. Pensyarah maktab merupakan barisan depan yang sepatutnya mampu membimbing guru pelatih mengintegrasikan penggunaan komputer dalam proses pembelajaran. Pensyarah yang cekap menggunakan komputer dan memiliki sikap positif terhadap komputer diharap akan dapat menjana ilmu dan kemahiran mereka kepada guru pelatih agar dapat dipraktikkan dalam sistem persekolahan. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap penggunaan komputer dan sikap terhadap komputer dikalangan pensyarah maktab perguruan berdasarkan ciri–ciri demografi terpilih. Kajian ini juga melihat perhubungan antara komponen sikap afektif seperti minat, keyakinan dan kebimbangan terhadap penggunaan komputer dengan penggunaan komputer dalam urusan pendidikan. Kajian ini menggunakan soal selidik untuk memperolehi data demografi, tahap penggunaan komputer dan sikap terhadap komputer yang diperlukan daripada sampel. Computer Attitude Scale oleh Lyod dan Gressard telah digunakan untuk mengukur sikap terhadap komputer. Kajian ini melibatkan seramai 224 pensyarah dari tiga buah maktab perguruan di Johor, Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan para pensyarah menggunakan komputer pada tahap sederhana dalam mengendalikan kursus yang mereka ajar. Penggunaan komputer yang kerap adalah pada penyediaan soalan dan pengubalan soalan peperiksaan. Penggunaan yang paling kurang ialah pada Pengajaran Berpandukan Komputer. Pensyarah yang tidak mempunyai pengalaman menggunakan komputer menunjukkan perkaitan yang signifikan dengan sikap jarang menggunakan komputer berbanding dengan mereka yang mempunyai pengalaman lebih setahun. Secara amnya, pensyarah mempunyai sikap positif dan kurang bimbang menggunakan komputer untuk pengajaran dan pembelajaran. Ketiga–tiga domain sikap (minat, keyakinan, kebimbangan) menunjukkan perhubungan yang signifikan dengan penggunaan komputer. Keyakinan dan minat mempunyai hubungan yang positif terhadap penggunaan komputer manakala kebimbangan mempunyai hubungan yang negatif terhadap penggunaan komputer. Kata kunci: Pensyarah maktab perguruan; sikap; komputer; maktab perguruan Teachers shoulder the heavy responsibility of ensuring that students experience a meaningful learning environment. Information and communication technologies, in general, and computers, in particular has been put forward as a strategic tool for enhancing these learning environments. Teacher educators, as frontliners of the teacher preparation process, should themselves be well versed in the fields of integrating computers into the learning processes. Teacher educators who use computers regularly and have positive attitudes towards computers it is hoped, will rub on some of their knowledge, skills and enthusiasm to future teachers who will enter the school system. The purpose of this study is to determine the level of computer use and attitude towards computer among teacher educators. Differences in computer use among teacher educators based on selected demographic data are also investigated. This study also looks at the relationship between attitude towards computers, namely liking, confidence and anxiety with computer use for educational purposes among teacher educators. A questionnaire was designed to obtain the necessary demographics, levels of computer use and attitudes of the sample toward computers. The Computer Attitude Scale by Lyod and Gressard was used to measure the attitudes toward computers. The sample consisted of 224 teacher educators at three teacher–training colleges in Johor, Malaysia. Findings indicate that the teacher educators used computers moderately in the course of their work. Teacher educators mosfly used the computers for preparing exercises and examination questions. Computer assisted instruction was seldom utilized. Teacher educators without experience in using computers exhibit significantly less computer use as compared to those with more than a year of computer use experience. In general, the teacher educators have positive attitudes and low anxiety toward using computers for teaching and learning. The three attitude domains (liking, confidence and anxiety) were significantly related to computer use. Confidence and liking were positively related to computer use while anxiety was negatively related to computer use. Key words: Teacher educator; attitudes; computer; teacher training college

Downloads

Published

2012-01-20

Issue

Section

Social Sciences

How to Cite

Teacher Educators´ Attitudes Toward Computers: A Study Among Teacher Educators in Teacher´ – Training Colleges in Johor, Malaysia. (2012). Jurnal Teknologi, 35(1), 21–32. https://doi.org/10.11113/jt.v35.622