Peningkatan Kualiti Produk (Billet) Melalui Teknik Asas Kawalan Kualiti

Authors

  • Mohamad Azman Che Mat Isa
  • Jafri Mohd. Rohani

DOI:

https://doi.org/10.11113/jt.v34.627

Abstract

Teknik asas kawalan kualiti merupakan satu kaedah untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti pengeluaran dan memastikan keperluan atau spesifikasi pelanggan dipenuhi. Dalam kajian ini, beberapa daripada tujuh teknik asas kawalan kualiti telah dipraktikkan untuk menyelesaikan dua jenis kecacatan utama dalam proses pengeluaran produk billet dalam industri keluli. Dua jenis kecacatan utama tersebut berdasarkan gambar rajah Pareto ialah pin hole dan herotan. Dengan mengaplikasikan beberapa teknik asas kawalan kualiti seperti Gambar rajah Pareto, Carta Kawalan, Gambar rajah Sebab dan Akibat, Proses Keupayaan dan Rajah Serakan, beberapa pelan tindakan penyelesaian pembaikan telah digunakan untuk meningkatkan kualiti produk billet. Keputusan kajian menunjukkan kadar penurunan peratus dua jenis kecacatan utama tersebut, iaitu pin hole sebanyak 11% dari herotan sebanyak 2%. Kata kunci: Industri keluli; Tujuh teknik asas kawalan kualiti; Carta Kawalan; Proses Keupayaan

Downloads

Published

2012-01-20

Issue

Section

Science and Engineering

How to Cite

Peningkatan Kualiti Produk (Billet) Melalui Teknik Asas Kawalan Kualiti. (2012). Jurnal Teknologi, 34(1), 29–43. https://doi.org/10.11113/jt.v34.627