Degradasi Gas Benzena Melalui Proses Pemangkinanfoto Saput Tipis TiO2

Authors

  • Wan Azelee Wan Abu Bakar
  • Mohd Yusof Othman
  • Noor Khaida Wati Mohd Saiyudi
  • Keiichi Tanaka

DOI:

https://doi.org/10.11113/jt.v34.640

Abstract

Pengoksidaanfoto benzena fasa gas menggunakan saput tipis TiO2 yang disinari lampu ultralembayung telah dikaji. Saput tipis ini disediakan melalui kaedah celup angkat menggunakan sol–gel TiO2. Tindak balas yang sama juga telah dijalankan menggunakan saput tipis TiO2 yang didop dengan Cu2+ dan Fe3+ dengan nisbah mol TiO2 terhadap ion logam 1:0.005, 1:0.001, 1:0.0005 dan 1:0.0003. Hasil kajian menunjukkan mangkin TiO2 dengan pancaran cahaya UV (354 nm) mendegradasikan gas benzena sebanyak 90% dalam masa 55 minit. Walau bagaimanapun penambahan ion Fe3+ dengan nisbah 1:0.0005 meningkatkan peratusan degradasi benzena kepada 98% dalam masa 55 minit, sebaliknya penambahan Cu2+memberikan kesan negatif kepada aktiviti foto TiO2. Kajian juga memperoleh satu nilai optimum dengan aktiviti pemangkinan adalah tertinggi bagi kedua-dua ion Fe3+ dan Cu2+. Pengaruh panjang gelombang cahaya ke atas aktiviti foto TiO2 juga telah dikaji dengan menggunakan mangkin TiO2 dop Fe3+ dengan nisbah optimum. Hasil kajian menunjukkan bahawa degradasi gas benzena meningkat dengan pengurangan tenaga cahaya yang dipancarkan. Kata kunci: Pemangkinanfoto; pengoksidaanfoto; saput tipis; TiO2 The gas phase photooxidation of benzene was investigated using TiO2 thin film irradiated with UV light source. The thin film was prepared via TiO2 sol gel dip coating method. The same reaction was also carried out using TiO2 doped with Cu2+ and Fe3+ with 1:0.005, 1:0.001, 1:0.0005 and 1:0.0003 mole ratios. The results showed that 90% of benzene was degraded after 55 minutes UV (354 nm) irradiation of the TiO2 thin film. However the addition of Fe3+ ions with 1:0.0005 mole ratio degraded 98% of benzene within 55 minutes. In contrast, Cu2+ ions however give a detrimental effect to the photoactivity of TiO2. An optimum ratio of dopant, where TiO2 showed the highest activity, was determined for both Fe3+ and Cu2+. The effect of different wave-length light source was also carried out using TiO2 doped Fe3+ with optimum ratio. The degradation of benzene was found to increase with decreasing light energy. Key words: Photocatalysis; photooxidation; TiO2 thin film

Downloads

Published

2012-01-20

Issue

Section

Science and Engineering

How to Cite

Degradasi Gas Benzena Melalui Proses Pemangkinanfoto Saput Tipis TiO2. (2012). Jurnal Teknologi (Sciences & Engineering), 34(1), 43–52. https://doi.org/10.11113/jt.v34.640