Study on Water Resources in Tioman Island

Authors

  • Hassan Basyri Daulay
  • Norhan Abd. Rahman
  • Amir Hashim Mohd. Kassim
  • Kamarul Azlan Mohd. Nasir

DOI:

https://doi.org/10.11113/jt.v34.652

Abstract

Pulau Tioman terletak di sebelah tenggara Negeri Pahang merupakan salah satu dari pulau-pulau kecil di Malaysia yang sudah dimajukan sebagai destinasi pelancong. Berdasarkan penyelidikan terdahulu, pulau ini memerlukan bekalan air bersih melebih 2000 m3/hari untuk keperluan penduduk tempatan dan pelancong, dan keperluan ini akan meningkat dengan peningkatan jumlah penduduk dan pelancong. Penyelidikan terhadap air larian permukaan dan air bumi menunjukkan bahawa keduanya berpotensi sebagai sumber air yang baik untuk memenuhi keperluan air pada masa hadapan. Suatu kajian yang intensif dilaksanakan untuk mengkaji keupayaan sumber air yang sedia ada bagi pulau ini. Untuk menentukan berapa banyaknya air larian permukaan, perisian model MIKE 11 NAM digunakan, dan untuk menentukan keupayaan air bumi yang boleh dipam, ia berpandukan kepada perisian Aquifer Simulation Model (ASM). Kertas kerja ini membentangkan penemuan permulaan bagi jumlah sumber air yang sedia ada di Kg. Tekek Pulau Tioman, purata air larian permukaan harian adalah 3024 m3/hari yang dikira untuk tempoh bulan Februari 1999. Kata kunci: Air larian permukaan; air bumi dan pulau kecil Tioman Island which is situated in the southeast of Pahang State is one of the small islands in Malaysia that have been promoted as a tourism destination. Based on the previous study, the island requires more than 2000 m3/day of water for domestic and tourism industry consumption, and the demand is expected to rise due to the increasing population and tourism activities. Study on surface water and groundwater indicate a good potential for water resources to meet the demand of the future water needs. An intensive study is being carried out to investigate to quantity of water resource that is available in this island. In this study, the amount of surface water flow was estimated by using MIKE 11 NAM Model, and for groundwater extraction ASM (Aquifer Simulation Model) was used. This paper reports the preliminary findings of the amount of the water resources available in Kg. Tekek, Tioman Island, i.e. the daily average of surface runoff is 3024 m3/day and the groundwater extraction is 5003 m3/day, that was calculated for the period of February 1999. Key words: surface water; groundwater and small island

Downloads

Published

2012-01-20

Issue

Section

Science and Engineering

How to Cite

Study on Water Resources in Tioman Island. (2012). Jurnal Teknologi (Sciences & Engineering), 34(1), 51–62. https://doi.org/10.11113/jt.v34.652