Reka Bentuk Pembangunan Prototaip Perisian Pembelajaran Matematik VATrans yang Berasaskan Penggabungan Pemikiran Visualisasi dan Analisis

Authors

  • Mohd Salleh Abu
  • Wee Chuen Tan

DOI:

https://doi.org/10.11113/jt.v34.653

Abstract

Proses pembelajaran matematik yang bemakna banyak berasaskan kepada aktiviti mental melibatkan proses mencari, membina dan mengaplikasi perhubungan atau perkaitan secara logik serta membentuk kefahaman intuitif mengenai sesuatu konsep. Aktiviti ini amat berkait rapat dengan dua jenis pemikiran matematik dinamakan Visualisasi dan Analisis. Lazimnya, pembelajaran matematik yang berkesan bukan sahaja memerlukan pelajar mengamalkan kedua–dua jenis pemikiran ini tetapi juga ia perlu dilakukan secara bergabung. Keperluan penggabungan kedua–dua jenis pemikiran ini menjadi lebih jelas dalam beberapa topik matematik khususnya yang memerlukan pelajar membuat penaakulan dan konfigurasi ruang, misalnya Translasi. Artikel ini mencadangkan asas reka bentuk pembangunan prototaip perisian pembelajaran berasaskan penggunaan teknologi komputer (dinamakan VATrans) yang boleh bertindak sebagai alat pembelajaran (learning tool) yang membantu pelajar dalam mempertingkatkan penggabungan kedua–dua jenis pemikiran berkenaan dalam proses pembelajaran matematik.

Downloads

Published

2012-01-20

Issue

Section

Social Sciences

How to Cite

Reka Bentuk Pembangunan Prototaip Perisian Pembelajaran Matematik VATrans yang Berasaskan Penggabungan Pemikiran Visualisasi dan Analisis. (2012). Jurnal Teknologi (Sciences & Engineering), 34(1), 1–8. https://doi.org/10.11113/jt.v34.653