Mathematics Education at Universiti Teknologi Malaysia (UTM): Learning from Experience

Authors

  • Yudariah Mohd Yusof
  • Roselainy Abdul Rahman

DOI:

https://doi.org/10.11113/jt.v34.654

Abstract

Kertas kerja ini akan menerangkan perkembangan pendidikan matematik di UTM. Suatu tinjauan berkaitan dengan masalah pembelajaran dan pengajaran matematik dalam dekat yang lalu akan dibincangkan. Beberapa strategi telah dilaksanakan untuk menangani permasalahan pelajar. Mengurangkan jurang perbezaan kebolehan antara pelajar serta memudahkan peralihan dari sekolah ke pendidikan peringkat tinggi. Suatu ringkasan tentang program–program tersebut akan diberikan. Beberapa perubahan yang berlaku kini akan memberi kesan kepada hala tuju pendidikan di UTM. Terdapat peningkatan dalam bilangan pengambilan pelajar, usaha ke arah menyepadukan media elektronik dalam pengajaran dan pengembangan pendidikan maya yang akan membuka ruang yang lebih luas kepada pendidikan. Khususnya, bagi pendidikan matematik, perubahan ini akan mempengaruhi perkembangan kurikulum, kaedah pengajaran dan penilaian pembelajaran matematik. Oleh yang demikian, inilah senario pendidikan di UTM – dalam sistem akademik yang sedia ada, dengan masalah yang belum selesai, pendekatan–pendekatan yang telah dilaksanakan dan ada yang diketepikan, strategi baru diperkenalkan secara berkala, dan kini terdapat pula perubahan dan perkembangan baru yang perlu dihadapi. Pengalaman lalu harus dimanfaatkan untuk menyediakan garis panduan bagi pendidikan matematik di UTM pada masa hadapan. This paper will describe mathematics education in UTM. A review of the problems faced in the learning and teaching of mathematics in the last decade will be discussed. Several academic strategies have been implemented in the past, aimed at overcoming students’ learning difficulties, narrowing the abilities gap among the students, as well as facilitating the transition from secondary to tertiary learning. A summary of these programmes will be presented. There are now changes taking place that will further impact the direction of education in UTM. There is an increase in the number of students intake, a movement towards integrating the use of electronic media in teaching and an expansion of virtual education to ensure a wider access to education. In particular, for mathematics education, these changes will affect the curriculum development, the teaching methods and the assessment of mathematics learning. Thus the scenario in UTM is set–within the existing academic system, the old problems still persist, approaches have been undertaken and discarded, new strategies implemented periodically and there are now new changes and development to be faced. These experiences must be taken into consideration in order to develop guidelines for future mathematics education in UTM.

Downloads

Published

2012-01-20

Issue

Section

Social Sciences

How to Cite

Mathematics Education at Universiti Teknologi Malaysia (UTM): Learning from Experience. (2012). Jurnal Teknologi (Sciences & Engineering), 34(1), 9–24. https://doi.org/10.11113/jt.v34.654