Gangguan Seksual Di Tempat Kerja dan Hubungannya dengan Tekanan Kerja dan Kepuasan Kerja
DOI:
https://doi.org/10.11113/jt.v34.657Abstract
Kajian ini bertujuan untuk melihat bentuk–bentuk dan pelaku gangguan seksual dan sejauh mana hubungannya dengan tekanan kerja dan kepuasan kerja. Gangguan seksual diukur menggunakan soal selidik Sex And The Workplace, manakala tekanan kerja dan kepuasan kerja, masing–masing diukur dengan Job Related Tension Index dan Brayfield–Rothe Index. Seramai 100 orang operator pengeluaran wanita yang berpengalaman diganggu seksual dipilih sebagai subjek kajian menggunakan persampelan tujuan. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan infrensi. Keputusan kajian menunjukkan bentuk gangguan yang kurang serius lebih kerap berlaku dan pelaku utamanya ialah rakan sekerja dan ketua atau penyelia. Keputusan juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan bersifat positif dengan tekanan kerja dan bersifat negatif dengan kepuasan kerja. Beberapa cadangan untuk kajian hadapan turut dinyatakan dalam kajian ini.Downloads
Published
2012-01-20
Issue
Section
Social Sciences
License
Copyright of articles that appear in Jurnal Teknologi belongs exclusively to Penerbit Universiti Teknologi Malaysia (Penerbit UTM Press). This copyright covers the rights to reproduce the article, including reprints, electronic reproductions, or any other reproductions of similar nature.
How to Cite
Gangguan Seksual Di Tempat Kerja dan Hubungannya dengan Tekanan Kerja dan Kepuasan Kerja. (2012). Jurnal Teknologi (Sciences & Engineering), 34(1), 51–64. https://doi.org/10.11113/jt.v34.657