Kajian Kes Penggunaan Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Guru Cemerlang Pendidikan Islam (GCPI) Sekolah Bandar Dan Luar Bandar: Satu Kajian Perbandingan

Authors

  • Kamarul Azmi Jasmi
  • Ab. Halim Tamuri
  • Mohd Izham Mohd Hamzah

DOI:

https://doi.org/10.11113/jt.v56.66

Abstract

Salah satu ciri pengajaran berkesan ialah kepelbagaian dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kepelbagaian dalam kaedah pengajaran bertujuan untuk memberi pengalaman pengajaran dan pembelajaran yang bermakna kepada para pelajar malah meningkatkan motivasi mereka untuk belajar. Melihat kepada kepentingan penggunaan pengkaedahan ini, maka pengkaji terdorong untuk mengkaji bentuk kaedah pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan oleh lapan orang Guru Cemerlang Pendidikan Islam (GCPI) yang mengajar di pelbagai jenis sekolah menengah di luar bandar dan bandar sebagai satu kajian perbandingan. Hasil dapatan data soal selidik menunjukkan bahawa terdapat kecenderungan yang serupa dalam penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran GCPI di sekolah menengah luar bandar dan bandar. Pada bahagian akhir kertas kerja ini, beberapa cadangan juga dikemukakan bagi meningkatkan penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih pelbagai di sekolah luar bandar dan bandar. Kata kunci: Kaedah pengajaran dan pembelajaran; motivasi; GCPI One of the characteristics of effective teaching is the base of various methods in teaching and learning in the classroom. Diversity in teaching tries to bring teaching and learning experience meaningful lastly to increase student’s motivation. Seeing the importance of using this methodology, the researchers try to compelled the nature of teaching and learning methods adopted by the eight Excellent Teachers of Islamic Education (ETIE) who taught in various rural and urban types schools comparative study. The findings shows that there were a similar methods of teaching and learning used ETIE in both rural and urban school to improve student academic performance. Suggestions also forwarded to improve teaching and learning methods use rural and urban schools. Key words: Methods of teaching and learning; motivation; GCPI

Downloads

Published

2011-12-13

Issue

Section

Social Sciences

How to Cite

Kajian Kes Penggunaan Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Guru Cemerlang Pendidikan Islam (GCPI) Sekolah Bandar Dan Luar Bandar: Satu Kajian Perbandingan. (2011). Jurnal Teknologi, 56(1), 179-198. https://doi.org/10.11113/jt.v56.66