Land Planning And Budgeting For Industry

Authors

  • Akef Asadullah Quazi

DOI:

https://doi.org/10.11113/jt.v3.677

Abstract

Perancangan guna tanah merupakan sebahagian besar daripada proses perancangan bandar dan amat penting memandangkan penawaran tanah di bandar adalah terhad. Teknik perancangan guna tanah sentiasa berubah serta menjadi bertambah sofistikated. Tetapi di dalam berbagai aspek perancangan bandar keadaan sedemikian tidak semestinya benar berlaku bagi negara-negara yang sedang membangun kerana profesion ini sendiri adalah baru di kalangan negaranegara berkenaan. Malaysia sebagai sebuah negara yang pesat membangun tidak memerlukan penggunaan sama ada data-data ataupun teknik-teknik analisa yang sofistikated di dalam menyelesaikan masalah perancangan bandar asalkan penyelesaian berkenaan boleh difahami oleh pihak pentadbir dan berguna dan sesuai di dalam konteks rancangan pembangunan bandar. Kertas ini mengemukakan satu teknik perancangan dan belanjawan tanah yang mudah dan bagi kegunaan perindustrian. Memandangkan hasil daripada perancangan guna tanah ialah untuk mewujudkan keseimbangan di antara penawaran dan permintaan, maka teknik ini akan (1) mengenal pasti tanah yang berpotensi bagi kegunaan perindustrian dari segi tapak dan perletakannya (2) menganggarkan permintaan berdasarkan kepada piawaian yang dirumuskan daripada keadaan semasa serta pola keperluan tanah masa depan bagi berbagai jenis industri. Landuse planning is a part of a larger process of urban planning, but is a very critical part because urban land is always in short supply. Landuse planning techniques have been changing very fast and gathering increasing amount of sophistication. But professional sophistication in various aspects of urban planning is neither possible, nor necessarily realistic in developing countries as the profession itself is new in those countries. In a rapidly developing country like Malaysia the demands on urban planners are such that they have to produce urban planning solutions which do not require much sophisticated sets of data or lengthy analysis, yet are easily understandable by decision makers, and are meaningful in the context of planned urban development.

Downloads

Published

1983-01-19

Issue

Section

Science and Engineering

How to Cite

Land Planning And Budgeting For Industry. (1983). Jurnal Teknologi, 3(1), 25-33. https://doi.org/10.11113/jt.v3.677